Mitsubishi Triton Ditawarkan Dengan Kadar Faedah Serendah 0.88%
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, kini menawarkan kadar faedah serendah 0.88% untuk varian Triton terpilih, Tawaran ini adalah untuk pinjaman dari Maybank dan Public Bank sahaja, dan ia sah sehingga 31 Disember 2019.
Menurut MMM, pelanggan yang menempah dan mendaftar Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih untuk menikmati kadar faedah 0.88% atau rebat tunai seperti berikut:
Sementara itu, mereka yang menempah dan mendaftar Outlander 2.0 (RM137,888) akan mendapat rebat tunai bernilai sehingga RM4,000 dan penyelenggaraan percuma dua tahun. Mereka yang memilih Outlander 2.4 (RM152,888) pula akan menikmati rebat tunai RM2,000 dan penyelenggaraan percuma dua tahun.
Model SUV kompak ASX 4WD dan 2WD turut ditawarkan dengan rebat tunai masing-masing bernilai RM12,000 dan RM8,000. ASX 4WD dijual pada harga RM133,336 manakala ASX 2WD berharga (RM118,866).
Kedua-dua Outlander dan ASX didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.
No Comment