NZ Wheels Buka Pusat 2S di Setapak
NZ Wheels, pengedar sah kenderaan jenama Mercedes-Benz di Malaysia, memperluaskan jaringan mereka di Lembah Klang dengan pembukaan NZ Wheels Setapak Autohaus.
Menurut SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Naza Corporation Holdings Sdn BHd, NZ Wheels Setapak Autohaus merupakan outlet keempat mereka. Sebagai fasiliti 2S (servis dan alat ganti), ia akan menyokong fasiliti 1S Bangsar Autohaus yang sedia ada.
Terletak di atas tanah berkeluasan 13,866 kaki persegi, pusat ini menampilkan konsep Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II), sejajar dengan konsep pengalaman pelanggan dan identiti korporat yang ditetapkan oleh Mercedes-Benz di peringkat global.
Dengan lima ruang servis, satu ruang penjajaran roda dan 10 kakitangan terlatih, pusat ini mempunyai kapasiti untuk menyelenggara sehingga 250 buah kereta sebulan.
NZ Wheels Setapak Autohaus beralamat di No. 14, Jalan Usahawan 5, 53399 Setapak, Kuala Lumpur. Ia beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan dari 8.30 pagi hingga 1 petang (Sabtu).
No Comment