Sukan

Pemandu Iriz Pasukan Proton R3 Berjaya Merebut Gelaran Juara MCS

Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali, pemandu kumpulan Proton R3 (R3), berjaya menguasai Siri Kejuaraan Malaysia 2019 (MCS) bagi kelas M-Pengeluaran.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Pasangan itu yang memandu Proton Iriz, berakhir di tempat kedua pada pusingan 5, dalam satu perlumbaan sejauh 300km yang menawarkan mata berganda kepada pelumba yang mendapat tempat 10 teratas.

Ini adalah kali kedua  Fariqe digelar juara MCS selepas dia juga memenanginya pada 2015 semasa memandu untuk R3. Pembantu pemandunya, Syafiq, juara Sepang 1000km (S1K) sebanyak tiga kali, merangkul gelaran MCS yang pertama, menambah lagi senarai perlumbaan mengagumkan yang telah dimenanginya.

Race Day-Selected-17 Race Day-Selected-18

Pandang ke hadapan, R3 sasar kemenangan S1K pada bulan November nanti. R3 berjaya mencapai salah satu daripada matlamat utama mereka untuk 2019 dengan memenangi kejuaraan MCS ini dan kini mereka boleh menumpukan untuk mempertahankan gelaran S1K mereka agar PROTON dapat memecahkan rekod mendapat gelaran juara kali kelima di dalam perlumbaan itu. Mereka mempunyai peluang yang cerah kerana pasukan itu akan memandu kereta-kereta yang telah mempunyai rekod kemenangan di litar lumba.

Semasa Pusingan 5 MCS, pasangan pemandu veteran iaitu Admi Shahrul dan Faidzil Alang berjaya mempertahankan gelaran dari dipintas oleh kereta lain tetapi masih berjaya membawa Proton Saga 2019 mereka di tempat ketiga. Saga berjaya mendapat podium kedua di dalam tiga perlumbaan MCS yang terakhir.

Race Day-Selected-33 Race Day-Selected-34

Proton Saga yang kedua akan dikendalikan oleh pemandu yang dipilih melalui Pencarian Pemandu Wanita MSF-R3. Inisiatif ini menawarkan peluang kepada pelumba wanita untuk menjalani program pembangunan bersama R3, di mana mereka akan berlumba di S1K 2019.

“R3 beraksi untuk menang di MCS 2019 dan kami telah memenangi enam perlumbaan berturut-turut untuk layak ke Pusingan 5 sebagai juara. Setelah meraih lima kemenangan, Iriz membawa 60 kilogram ballast jadi itu adalah satu kelebihan untuk pesaing kami. Walau bagaimanapun, kami berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi penalti berat itu dan memenangi perlumbaan tetapi akhirnya kami menang dua podium di tempat kedua dan ketiga. Keputusan yang memberangsangkan untuk kami dan ini semua adalah hasil daripada kemahiran pemandu dan pengendalian dan ketahanan kereta kami, jadi mudah untuk memenangi MCS,” kata Gary Lee, Ketua Pasukan Proton R3.

Race Day-Selected-54 Race Day-Selected-54

 

 

 

 

 

Previous post

Adakah PLUS Guna Media Untuk Mendapatkan Nilai Beli Lebih Tinggi Dari RRJ?

Next post

Graduan Baharu Dan Kakitangan Kerajaan Dipermudahkan Berhutang Beli Kereta Dengan Skim Proton & Bank Rakyat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *