Senarai Harga BMW Malaysia 2019
Harga yang ditunjukkan di bawah diambil dari laman web rasmi BMW Malaysia. Ianya adalah harga On-The-Road (OTR) tanpa insuran bagi model yang dijual di Semenanjung Malaysia.
1 Series
- 118i M Sport 5-Door Hatch – RM185,800
X1
- X1 sDrive20i Sport SAV – RM220,800
2 Series
- M2 Competition Coupé – RM626,800
X2
- X2 sDrive20i M Sport SAV Coupe – RM328,800
- X2 M35i SAV Coupe – RM398,800
3 Series
- 330i M Sport Sedan – RM288,800
X3
- X3 xDrive30i Luxury SAV – RM313,800
- X3 xDrive30i M Sport SAV – RM328,800
4 Series
- 420i Sport Coupé – RM351,800
- 430i M Sport Coupé – RM424,800
- M4 Coupé – RM772,800
X4
- X4 xDrive30i M Sport SAV – RM364,800
5 Series
- 520i Luxury Sedan – RM328,800
- 530e Sport Sedan – RM328,800
- 530e M Sport Sedan – RM338,800
- 530i M Sport Sedan – RM372,800
- M5 Sedan – RM1,010,800
X5
- X5 xDrive40i SAV – RM618,800
6 Series
- 630i GT Sedan – RM430,800
7 Series
- 740Le xDrive Sedan – RM594,800
X7
- X7 xDrive40i SAV – RM888,800
8 Series
- M850i xDrive Coupe – RM1,088,800
Z4
Z4 sDrive30i M Sport Roadster – RM479,800
i3
- i3s Hatchback – RM272,800
i8
- i8 Coupe – RM1,408,800
- i8 Roadster – RM1,508,800
Miliki BMW X3 xDrive30i M Sport Dengan Bayaran Serendah RM3,758 Sebulan
Selepas melancarkan 330i M Sport versi CKD minggu lalu, BMW Malaysia kini kembali dengan satu lagi tawaran yang dipasang secara tempatan iaitu X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport.
Model ini tampil sporty dengan rim aloi ringan 699 M bersaiz 20 inci, tayar ‘run flat’, penggayaan badan dan bampar belakang M Aerodynamic serta muncung ekzos dalam kemasan krom berkilat.
Hadir dengan pakej Shadow Line, model ini juga mempunyai rel bumbung dan logo M pada kedua-dua panel sisi hadapan. Suspensi M Sport dan sistem brek M Sport turut disertakan sebagai kelengkapan standard.
Di dalam, terdapat upholsteri kulit Vernasca dengan jahitan kontras, bersama-sama dengan kemasan aluminium dan Pearl Chrome. Stereng M Sport dengan kemasan kulit, paddle shifter dan kemasan ambang pintu dengan logo M adalah antara kelengkapan M spesifik yang terdapat pada model ini.
Dari segi kelengkapan, X3 xDrive3oi dengan Pakej M Sport skrin sentuh Navigation System Professional berukuran 10.25 inci, iDrive Touch serta sistem audio dengan 12 pembesar suara. Sistem pendingin hawa tiga zon dan pelarasan kuasa serta fungsi memori pada tempat duduk hadapan menawarkan lebih keselesaan untuk penumpang.
Model ini dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo empat silinder dengan hamburan kuasa berjumlah 252 hp dari 5,200 hingga 6,500 rpm dan 350 Nm dari 1,450 hingga 4,800 rpm. Dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.3 saat dan boleh memecut sehingga 240 km/j.
Warna yang ditawarkan adalah Alpine White, Carbon Black, Glacier Silver dan Phytonic Blue. Upholsteri kulit Vernasca tersebut didatangkan dalam warna hitam dengan jahitan kontras biru.
Terhad kepada 120 unit sahaja, X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport dijual pada harga RM328,800. Tanpa pakej M Sport, X3 xDrive boleh didapati pada harga RM313,800.
Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, model ini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,758 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Pemilik akan dapat merasai Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia yang meliputi:
- Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
- Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
- Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
- Servis Dalam Talian BMW
No Comment