Shell Rimula Jadi Pilihan Kumpulan MPire Auto
Kumpulan Mpire Auto telah memilih rangkaian minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula sebagai minyak enjin rasmi untuk servis bagi dua jenama kenderaan komersialnya, Foton dan JAC.
Mpire merupakan pengedar bagi van Foton View C2 dan CS2 serta trak tugas berat Foton Daimler yang dilengkapi enjin Cummins yang canggih. Ia juga merupakan pengedar eksklusif trak ringan JAC yang menggunakan enjin Isuzu di Malaysia.
Minyak enjin teknologi sintetik Shell Rimula R5 LE amat sesuai bagi selang masa penukaran minyak yang tinggi serta enjin diesel tugas berat yang digunakan oleh trak prime mover Foton Daimler. Shell Rimula R4 X pula memenuhi keperluan untuk perlindungan enjin bagi rangkaian trak ringan JAC yang biasanya digunakan dalam urusan kerja harian.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mpire Auto, Lau Yit Mun berkata bahawa pemilihan Shell Rimula sebagai minyak enjin servis dan juga Shell Malaysia Trading Sdn Bhd sebagai pembekal pelincir rasmi adalah berdasarkan kombinasi reputasi dan rekod prestasi yang baik dalam bidang pelinciran, produk yang boleh dipercayai yang sesuai dengan enjin diesel termaju Foton dan JAC, serta sokongan teknikal yang sangat baik.
“Pelanggan pada masa kini menginginkan minyak enjin yang boleh menjanjikan kebolehpercayaan dan prestasi, dan Shell dapat memenuhi keperluan tersebut,” kata beliau.
Menurut Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, May Tan, sebagai pembekal pelincir utama dunia sepanjang 12 tahun yang lalu, Shell memahami keperluan untuk mendapatkan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah dalam persekitaran perniagaan hari ini yang begitu mencabar.
“Pelincir Shell Rimula, terutamanya rangkaian premium kami, dihasilkan untuk menawarkan perlindungan dan kebersihan enjin yang unggul, selang masa penukaran minyak yang lebih panjang dan ekonomi bahan api yang lebih baik, pada masa yang sama dapat bertahan dalam keadaan suhu dan muatan yang melampau dalam sekitaran pengendalian yang sukar,” tambah beliau lagi.
No Comment