Berita Auto

Toyota Copen GR Sport – Kei Car Dengan Sentuhan Gazoo Racing

Peminat kei car di luar sana pastinya gembira dengan pelancaran model terbaru Toyota iaitu Copen GR Sport. Ya, model ini asalnya adalah Daihatsu Copen tetapi ia telah dipertingkatkan oleh Toyota Gazoo Racing dengan kelengkapan yang lebih sporty.

BHP-Banner Contest

Tetapi oleh kerana kei car terikat dengan peraturan yang agak ketat, enjin Copen GR Sport dibiarkan standard. Ini bermakna ia masih mempunyai 64 PS dan 92 Nm yang dihasilkan oleh enjin turbo 660 cc tiga silinder. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear manual lima kelajuan atau CVT tujuh kelajuan Super Active Shift.

2020-daihatsu-copen-gr-sport-by-toyota-gazoo-racing (3)

Dengan pengendalian sebagai fokus utama, Gazoo Racing mencapai keseimbangan ketegaran badan dengan menambah pendakap hadapan, selain mereka semula bentuk pendakap tengah. Ia juga menerima peredam hentak baharu manakala kadar spring (spring rate) dan stereng kuasa elektrik turut ditala bagi tujuan yang sama.

2020-daihatsu-copen-gr-sport-by-toyota-gazoo-racing (1)

Dari segi penampilan pula, Copen tampil lebih agresif berbanding model standard dengan bampar baharu, jeriji Matrix dan diffuser belakang. Ia turut dilengkapi dengan rim aluminium BBS 16 inci, logo ‘GR Sport’ pada bahagian hadapan, sisi dan belakang, serta lampu hadapan dan belakang yang digelapkan.

2020-daihatsu-copen-gr-sport-by-toyota-gazoo-racing (2)

Di dalam, anda akan menemui kerusi Recaro lengkap dengan sulaman logo GR,  panel meter GR dengan jarum dan lampu berwarna merah, stereng kulit keluaran MOMO serta kemasan hitam piano pada pintu dan konsol tengah.

2020-daihatsu-copen-gr-sport-by-toyota-gazoo-racing (4)

Copen GR Sport akan memasuki pasaran Jepun bermula bulan hadapan, dengan harga bermula dari 2,380,000 yen (RM91,730) bagi versi CVT dan 2,435,000 yen (RM93,850) bagi versi manual.

 

 

Previous post

Bilik Pameran Borgward Kini Dibuka Dan Kami Ada Harganya

Next post

BMW 2 Series Gran Coupe Hadir Sebagai Pencabar CLA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *