VIDEO: Toyota GR Supra 3000GT Concept Bakal Muncul di SEMA
Acara SEMA tahun ini nampaknya akan menyaksikan kemunculan beberapa buah Toyota GR Supra yang dimodifikasi namun tumpuan pengunjung pastinya tertumpu kepada jentera yang dibawa oleh Toyota Racing Development (TRD).
Dikenali sebagai Supra 3000GT Concept, ia bakal membuat penampilan pada pertunjukan ‘aftermarket’ terbesar di Amerika Syarikat yang bakal berlangsung di Las Vegas bermula 5 November ini.
Melihat kepada gambar dan video teaser yang didedahkan oleh Toyota, jelas sekali bahawa jentera ini mempunyai kit badan agresif yang merangkumi spoiler belakang gergasi dan hud berlubang.
Apa yang menarik, Supra 3000GT Concept sebenarnya direka dengan inspirasi daripada kereta konsep Supra TRD 3000GT yang diperkenalkan di Tokyo Auto Salon 1994.
Seperti jentera tersebut, Supra 3000GT Concept ini juga dijangka hadir dengan gerbang roda yang lebih lebar, bampar agresif dan rim aloi kustom. Tidak dapat dipastikan jika terdapat penambahbaikan pada aspek prestasi, namun rasanya tidak kena jika kereta seagresif ini masih dikuasakan oleh enjin standard.
Lagipun, sudah ada syarikat-syarikat talaan di luar sana yang membuktikan bahawa enjin B58 3.0-liter enam silinder yang digunakan oleh Supra boleh mencecah 1,000 hp dengan mudah.
No Comment