Volkswagen Tunjuk Lakaran Golf Mk8
Volkswagen telah menyiarkan beberapa lakaran Golf generasi kelapan (Mk8) sebelum model itu didedahkan sepenuhnya pada 24 Oktober ini.
Menurut Volkswagen, Golf Mk8 mempunyai reka bentuk yang lebih dinamik berbanding model-model terdahulu tetapi tetap mengekalkan bentuk asas Golf dari semua sudut.
Lakaran ini menunjukkan yang ia mempunyai bentuk lampu berkembar yang lebih rumit, dipadankan dengan reka bentuk jeriji yang langsing. Bukan itu sahaja, bukaan bampar yang besar membuatkan bahagian hadapan hatchback ini kelihatan lebar.
Perubahan yang lebih besar boleh di bahagian dalam, di mana panel instrumen dan skrin infotainmen digabungkan di dalam satu paparan besar. Selain stereng baharu, ia juga dilihat mempunyai corong pendingin hawa yang nipis di samping konsol tengah yang lebih ringkas dan kemas.
Golf Mk8 dikatakan akan tampil dengan pelbagai ciri bantuan pemandu baharu dan juga servis-servis digital berasaskan dalam talian. Dari segi teknikal, Volkswagen menyatakan bahawa ia akan ditawarkan dengan rangkaian enjin cekap tenaga serta sistem gantungan yang dipertingkatkan.
No Comment