Servis / Selepas Jualan / Penyelenggaraan / Mod

Pusat Perkhidmatan Wearnes Autohaus Akan Tutup Kedai Buat Selama-Lamanya

Perniagaan berusia 106 tahun bungkus.

Satu lagi berita yang mengecewakan bagi sesetengah pemilik kereta tentang berita mengenai Wearnes Autohaus Service yang besar dan profesional di Segambut Kuala Lumpur menutup pintunya kerana margin keuntungan sempit dan menyimpat mekanik yang berkerja keras semakin susah. 

Ditubuhkan pada tahun 1906, Wearnes Automotive telah membina reputasi kecemerlangan dan perkhidmatan pelanggan terbaik dalam industri automotif selama lebih dari seratus tahun, namun keadaan berubah di Malaysia dan sebagai kenderaan moden semakin rumit, keperluan untuk menggaji juruteknik terlatih dalam bengkel tidak mudah sama sekali.

Pusat perkhidmatan Wearnes ini merupakan hentian satu lokasi untuk semua keperluan automotif kerana ia menyediakan bengkel yang lengkap serta kemudahan badan dan cat serta aksesori luar pasaran. 

Jenama kereta yang menggunakan khidmat pusat servis ini adalah Volkswagen, Audi, BMW, Mercedes, Volvo dan juga Porsche.

Wearnes juga menawarkan panduan harga terperinci bagi kenderaan yang berbeza yang mereka servis untuk memastikan para pelanggan mereka senantiasa berpengetahuan.

Terdapat juga seksyen kereta terpakai di kedai Wearnes yang menawarkan kereta berkualiti yang dijaga baik dengan pembiayaan yang sedia ada.

Baru saja 2 bulan yang lalu Wearnes menganjurkan jualan perayaan Merdeka ke-62 besar-besaran dengan tawaran hebat dan kini mereka menutup pintunya buat selama-lamanya. Berita ini datang betul-betul selepas berita Wearnes menutup pusat Volkswagen 4S yang berjuta-juta ringgit di Sungei Besi kerana jualan menurun dan isu jaminan yang tinggi.

Wearnes automotive

Wearnes juga dikenali di kalangan pemilik kereta laju untuk Promosi Akrapovic mereka. Ini adalah hentian satu lokasi untuk mendapatkan sistem ekzos aftermarket yang terkenal di dunia di negara ini. 

Outlet Wearnes ini juga dikenali untuk tayar dan pusat roda yang menyediakan pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan.

Wearnes Autohaus Service Centre ini terletak di No 39, Jalan 2 / 57B Jalan Segambut Tengah, 51200 Kuala Lumpur.

Previous post

Ford Ranger Splash Dilancarkan Sempena Lazada 11.11

Next post

Hyundai Pamer Potensi 'Aftermarket' Veloster N Performance Concept di SEMA

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *