Sukan

Akio Takeyama Beraksi Lagi Dengan Vios Toyota GAZOO Racingnya Hujung Minggu Ini

Dari pejabat ke litar lumba sekali lagi dengan Vios #39 talaan Wing Hin dalam Perlumbaan Sepang 1000 KM (S1K)

Ini adalah penampilan sulung SIK bagi Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor juga Ketua Pegawai Sukan Permotoran TGR, Akio Takeyama. Beliau turut berlumba di dalam Kelas Promotional, Vios Challenge, Toyota Gazoo Racing Festival selama dua musim setengah yang lepas.

Toyota Gazoo Racing 32

Tahun lalu menyaksikan Toyota Vios yang dipandu oleh Boy Wong dan William Ho mencatatkan kedudukan podium. Ketua Wing Hin Motorsports, Simon Loh sangat yakin jentera-jentera berkenaan akan memberi saingan sengit di dalam acara tahun ini.

Turut membawa bersama pengalaman luasnya ke dalam pasukan bagi tahun ini ialah pemandu lagenda jentera touring Jepun, Akira Iida. Beliau akan berkongsi untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemandu bersama Akio Takeyama dan William Ho.

Kenyataan Media

Petaling Jaya, 20 November 2019 — Wing Hin Motorsports, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam perlumbaan di negara ini akan menyediakan dua buah Toyota Vios bagi perlumbaan Sepang 1,000 km (S1K) yang bakal berlangsung hujung minggu nanti. Ini termasuk kereta bernombor 39 dengan corak warna pasukan “Toyota GAZOO Racing Malaysia” dengan penampilan sulung oleh Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama yang juga merupakan Ketua Pegawai Sukan Permotoran TGR yang turut berlumba di dalam Vios Challenge.

Kereta-kereta berkenaan akan bersaing di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini di dalam kelas MTC bagi kereta produksi diubahsuai dengan kapasiti di bawah 1,600 cc menggunakan enjin talaan TRD dan casis Toyota Vios yang sediakan dikemudahan Wing Hin di Balakong, Selangor.

Terkesan dengan prestasi membanggakan pasukan berkenaan di dalam perlumbaan sama tahun lalu yang menyaksikan Toyota Vios yang dipandu oleh Boy Wong dan William Ho mencatatkan kedudukan podium, ketua Wing Hin Motorsports, Simon Loh sangat yakin jentera-jentera berkenaan akan memberi saingan sengit di dalam acara tahun ini.

“Dengan data-data berharga yang dikumpulkan tahun lalu, begitu juga dengan alatan-alatan baru yang kami perolehi hasil kerja sama dengan TRD serta pengalaman luas bekas pemandu pembangunan Toyota GAZOO Racing, Akira Iida yang akan memandu untuk kami tahun ini, saya percaya kami mempunyai pakej yang mampu memberi saingan sekali lagi,” ujar Simon.

Perlumbaan Sepang 1,000 km telah menjadi penanda aras tersendiri di dalam kalendar perlumbaan litar di negara ini yang bakal menyaksikan sejumlah 70 kereta berasaskan model produksi yang ada di Malaysia akan berada di kedudukan grid permulaan.

“S1K bukanlah hanya tentang kepantasan, sebaliknya apa yang lebih penting ialah keserasian kerjasama sebagai sebuah pasukan, merencana strategik dengan berkesan serta mengekalkan fokus pemanduan disepanjang perlumbaan tersebut. Dengan rakan kerjasama yang baik seperti Toyota, TRD, minyak pelincir Moty’s dan Motec yang menyokong kami, kedua-dua jentera sepatutnya mampu berada dalam kedudukan teratas sekiranya dapat mengelak daripada sebarang kejadian di dalam litar,” tambah beliau.

Turut membawa bersama pengalaman luasnya ke dalam pasukan bagi tahun ini ialah pemandu lagenda jentera touring Jepun, Akira Iida. Dengan enam kali sebagai penamat di dalam perlumbaan Le Mans 24-hour dalam genggamannya, peranan Akira juga sangat penting di dalam membangunkan sisi daya saing Toyota GAZOO Racing, terutamanya untuk siri Japan Super GT. Beliau juga merupakan anggota penting bagi pasukan ROOKIE Racing yang membangunkan jentera lumba Toyota 86 untuk Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda dan anaknya, Daisuke Toyoda bagi Perlumbaan Super Endurance 24-hour di Fuji Speedway, awal tahun ini.

Bagi perlumbaan S1K, Akira Iida akan berkongsi untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemandu bersama Akio Takeyama dan William Ho yang turut berlumba di dalam Toyota GAZOO Racing Vios Challenge. Sementara itu, kereta kedua bagi pasukan Wing Hin Motorsports pula akan dikendalikan oleh Boy Wong dan Dannies Ng.

Dengan kesungguhannya terhadap sukan permotoran, penyertaan Akio Takeyama di dalam S1K dilihat sebagai cara untuk beliau mendapatkan lebih banyak jarak di dalam litar perlumbaan bagi memperhalusi lagi kemahirannya untuk berlumba bersama nama-nama besar lain yang turut akan memberi saingan.

“Dengan hanya berlumba di dalam Vios Challege untuk dua musim setengah setakat ini, menyertai S1K akan menjadi sesuatu yang sangat baru dan menyeronokkan bagi saya. Saya melihatnya sebagai peluang untuk mencabar kemampuan saya sendiri di dalam litar. Saya juga ingin mempelajari seberapa banyak input berharga daripada ahli dalam pasukan seperti Iida dan William Ho, yang mempunyai pengalaman yang kaya dalam perlumbaan,” ujar Takeyama.

Perlumbaan S1K akan bermula sekitar tengah hari 23 November 2019 dengan bendera penamat dijangka akan dikibarkan sekitar jam 9 malam.

Previous post

Daihatsu Dan Perodua Akan Terus Menyokong Perodua Malaysia Masters Sehingga 2021

Next post

Ujian Penerbangan Kereta Terbang EHang 216 Batal

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *