Berita Auto

Alfa Romeo Akan Membatalkan Pengeluaran GTV Dan 8C

Tak payah tunggu 8C dan GTV lagi. Beli kereta lain.

Alfa Romeo Scaling Down

Alfa Romeo mengumumkan minggu lepas akhirnya produksi si kecil yang seksi, 4C. Pengilang Itali juga telah mengumumkan pembatalan projek untuk generasi baru Alfa 8C dan kebangkitan Alfa GTV.

Buat masa ini, Alfa 4C yang baharu, tinggal hanya unit-unit yang di bilik pameran peniaga sahaja di seluruh dunia.

Alfa Romeo 4C dikuasakan oleh enjin turbocharged 4 silinder yang menghasilkan 240 kuasa kuda. Ia disukai demi reka bentuk enjin ringan dan tengah, hanya 1,973 pound (895 kilogram). Kereta sukan padat ini telah digelar ‘Ferrari Mampu Milik’ dan mempunyai pengendalian yang sepadan kereta sukan Lotus.

Alfa Romeo sedang mengalami tempoh yang amat lembab terutamanya di Eropah di mana jenama itu tidak hadir dalam segmen kenderaan utama seperti SUV kecil atau crossovers dan kereta bandar. Alfa Tonale, yang akan tiba pada tahun 2021, pasti akan membawa sedikit nyawa buat m ereka, tetapi Alfa Romeo masih tidak ada kehadiran di pasaran kereta bandar sejak MiTo berhenti pada tahun 2018.

Hatch Alfa Giulietta masih dalam barisan mereka hingga akhir tahun 2020, tetapi penggantian tidak ada di cakrawala.

Ya, kita sebut tadi bahawa projek 8C dan GTV telah dibatalkan oleh Alfa Romeo, tetapi kedua-dua projek ini tidak dibatalkan sepenuhnya. Ianya sekarang menjadi sebahagian daripada projek masa depan Maserati. Satu projek dipanggil M240 dan ia akan menjadi model enjin pertengahan serat karbon. Dikenali dahulu sebagai Alfa 8C. Model teratas seharusnya 700 + HP PHEV.

Yang satu lagi, Maserati GranTurismo yang baharu. Projek ini dipanggil M189. Inilah semua maklumat yang kami ada pada ketika ini dan bila berkenaan Alfa Romeo dan Maserati, projek-projek yang nampak gaya sudah disahkan boleh ditukar dan dibatalkan atau dipindahkan begitu saja seperti 2 kereta ikonik ini.

Oleh itu, jangan tunggu mereka tiba kerana kelihatan agak jelas bahawa pengurusan Fiat Chrysler mengurangkan perancangannya untuk jenama Alfa dan model yang mempunyai volume yang rendah tidak lagi diperlukan.


Previous post

Ada Nilaikah Jaminan Kereta Baharu Anda?

Next post

Sanggupkah Anda Membeli Hibrid Mewah Yang Terpakai?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *