Allianz General Percepatkan Tuntutan Banjir di Tiga Lokasi
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad telah menugaskan tiga kenderaan 4×4 berjenama dan karavan tuntutannya untuk membantu pelanggan dengan tuntutan banjir menjelang musim tengkujuh ini.
Bermula 7 November, kenderaan 4×4 ini akan ditempatkan di cawangan Allianz General di Ipoh, Pulau Pinang dan Bukit Mertajam serta Kota Bharu, manakala karavan tuntutan akan ditempatkan di Segamat, Kluang dan Johor Bahru untuk mempercepatkan tuntutan banjir bagi semua kelas.
Pelanggan hanya perlu memberitahu keinginan untuk membuat tuntutan banjir dan syarikat akan menghantar seorang penyelaras untuk mengkaji selidik kawasan rumah dalam masa 24 jam. Sekiranya berlaku banjir, 4×4 dan karavan tuntutan akan digerakkan ke lokasi-lokasi yang diperlukan.
“Seperti mana-mana bencana alam, ia penting bagi kami untuk mengambil tindakan segera dan membantu pelanggan. Dengan adanya kenderan 4×4 untuk kegunaan kami, kami akan mempunyai akses yang lebih baik kepada pelanggan di kawasan banjir dan membolehkan kami menerima tuntutan dan melaksanakan pemeriksaan tapak,” kata Damian Williams, Ketua Tuntutan Allianz General.
“Di samping itu, ia juga untuk menyenangkan dan memudahkan proses menerima tuntutan kerana matlamat kami adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia dan membantu mereka kembali kepada keadaan sedia kala secepat mungkin,” tambah beliau.
Untuk pemegang polisi Householder dan Houseowner Allianz General, syarikat akan membuat penyelesaian yang penuh dan muktamad dalam tempoh tujuh hari bekerja dari hari pemeriksaan kawasan oleh penyelaras.
Secara alternatif, jika syarikat tidak berupaya untuk membuat pembayaran tuntutan selepas pemeriksaan kawasan yang terjejas, bayaran interim akan dilunaskan dalam tempoh lima hari bekerja (selepas pemeriksaan kawasan).
Allianz General akan turut mengesan semua tuntutan komersial dengan pantas tanpa mengira jumlah. Bayaran interim akan diselesaikan pada hari ketujuh (dari tarikh pemeriksaan kawasan oleh penyelaras) dengan tuntutan yang akan diselesaikan antara 21 ke 28 hari.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan Allianz General boleh hubungi talian 1-300-22-5542.
No Comment