Allianz Malaysia Raih Premium Bertulis Kasar RM3.68 Bilion pada Suku Ketiga 2019
Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah mengumumkan keputusannya untuk sembilan bulan pertama tahun 2019. Kumpulan telah mencatatkan Premium Bertulis Kasar (GWP) sebanyak RM3.68 bilion dari bulan Januari hingga September pada tahun ini, dengan kenaikan sebanyak 7.9 peratus dari RM3.41 bilion yang diraih pada tempoh yang sama pada 2018.
Keuntungan Sebelum Cukai meningkat sebanyak 28.9 peratus kepada RM503.9 juta dari bulan Januari hingga September tahun ini berbanding RM391.1 juta pada 2018. Jumlah Aset Kumpulan meningkat sebanyak 9.9 peratus kepada RM19.24 bilion setakat bulan September 2019 berbanding RM17.50 bilion tahun lepas.
Dalam pasaran yang mencabar, perniagaan insurans am Allianz Malaysia, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah meraih GWP sebanyak RM1.65 bilion untuk sembilan bulan pertama tahun 2019, sedikit peningkatan sebanyak 0.8 peratus dari RM1.63 bilion yang diraih pada 2018.
Keuntungan Sebelum Cukai kekal pada RM242.7 juta pada sembilan bulan pertama 2019 berbanding RM242.6 juta pada tahun sebelumnya. Keuntungan Pengunderaitan menurun sebanyak 6.4 peratus kepada RM100.6 juta untuk tempoh sembilan bulan pertama pada 2019 berbanding RM107.5 juta untuk tempoh yang sama pada 2018.
Nisbah Gabungan pula berada di 92.6 peratus untuk sembilan bulan pertama 2019 berbanding 92.5 peratus untuk tempoh yang sama pada tahun 2018. Jumlah Aset meningkat sebanyak 3.5 peratus kepada RM6.46 bilion setakat bulan September 2019 dari RM6.25 bilion pada tahun sebelumnya. Allianz General menduduki kedudukan terbaik dalam pasaran untuk industri insurans am dengan bahagian pasaran sebanyak 12.1 peratus berdasarkan statistik daripada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) untuk bulan Januari hingga September 2019.
Perniagaan insurans hayat Allianz Malaysia, Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) meneruskan anjuran pertumbuhannya. Allianz Life telah merekodkan pertumbuhan yang mantap pada 14.4 peratus dalam GWP kepada RM2.03 bilion untuk sembilan bulan pertama tahun 2019 dari RM1.77 bilion pada 2018. Premium Perniagaan Baru Tahunan (ANP) juga meningkat sebanyak 10.8 peratus kepada RM418.1 juta untuk sembilan bulan pertama 2019 dari RM377.5 juta pada tempoh yang sama tahun 2018.
Keuntungan Sebelum Cukai meningkat sebanyak 74.0 peratus kepada RM268.1 juta dari Januari hingga September tahun ini berbanding RM154.1 juta yang diraih pada tahun 2018. Penambahan peningkatan adalah keputusan nilai saksama RM67.4 juta. Jumlah Aset meningkat 14.0 peratus kepada RM12.37 bilion setakat September 2019 berbanding RM10.85 bilion pada 2018. Allianz Life menduduki tangga kelima dalam segmen insurans hayat, dengan 8.4 peratus bahagian pasaran, berdasarkan statistik Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) untuk Januari hingga September 2019.
Digitalisasi kini mengubah lanskap insurans dengan sangat pantas. Walaupun tiada sesiapa boleh menjangka bila rakyat Malaysia akan beralih kepada meletakkan kepercayaan mereka dalam membeli insurans di atas talian, Allianz mesti sudah bersedia untuk beroperasi dalam dunia digital.
Meneruskan pelaburan dalam era digital, Allianz Malaysia juga komited untuk menawarkan produk yang lebih muktamad yang lebih ringkas dan mudah untuk difahami dan mengubah saluran digitalnya. Ini juga termasuk pengalaman tuntutan dan pekhidmatan yang lebih baik serta produk yang melindungi sejenis penyakit seperti Allianz Cancer Protect.
No Comment