Anda Kini Boleh Melihat Harga Tol di Waze
Waze, aplikasi navigasi perjalanan yang popular, telah memperkenalkan ciri ‘Harga Tol’ untuk penggunanya di Malaysia.
Ciri terbaru ini membolehkan pengguna melihat dan membandingkan harga tol ketika mereka memandu di jalan raya bertol, sekaligus membantu mereka membuat perancangan perjalanan yang lebih baik.
Menurut Waze, ciri hyperlocal ini berjaya diwujudkan atas usaha komuniti sukarelawan Waze yang terdiri daripada 30,000 editor peta yang aktif.
Enam sukarelawan memainkan peranan dalam pelaksanaan ciri terbaru ini adalah Kadyus, Kweeheng, Rickylo103, ExpailXi, Izuaniz dan Lutfi_bihar.
Ciri ini serasi dengan lorong HOV (kenderaan berpenumpang tinggi). Ia diaktifkan secara automatik dan akan melihat tag ‘tol’ jika perjalanan yang dipilih melibatkan jalan bertol.
No Comment