Aprilia RS 660 Tarik Perhatian di EICMA
Segmen motosikal supersport kelas pertengahan boleh dikatakan semakin ketinggalan jika dibandingkan dengan segmen-segmen lain, namun ini tidak menghalang Aprilia untuk memperkenalkan pesaing ‘middleweight’ terbaru mereka iaitu RS 660.
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai jentera ini:
- Ia dikuasakan oleh enjin 660 cc dua silinder sebaris bertaraf Euro 5 yang menghasilkan 100 hp. Jumlah tork serta lain-lain angka prestasi masih belum didedahkan.
- RS 660 didatangkan dengan pelbagai komponen elektronik. Antaranya adalah Intertial Measurement Unit (IMU) enam paksi, Traction Control, Cornering ABS, lima mod tunggangan, Quickshifter, Wheelie Control, Engine Braking dan Cruise Control.
- Berat jentera ini adalah 169 kg. Aprilia menggunakan bingkai aluminium dan lengan ayun aluminium untuk menjaga berat motosikal ini.
- Fork Kayaba 41 mm digunakan pada bahagian hadapan, bersama-sama dengan cakera berkembar 320 mm dari Brembo.
- Seperti RSV4, RS 660 hadir dengan rekaan ‘double fairing’ yang membantu meningkatkan ‘downforce’ pada kelajuan tinggi. Ia juga lampu LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) seperti model berkuasa tinggi itu.
- Panel instrumen TFT berukuran lima inci yang terdapat pada model ini boleh disambungkan dengan telefon pintar.
- Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam dan ungu/merah seperti RS 250 Reggiani Replica keluaran 1994.
No Comment