Sukan

Barisan Pelumba Vios Challenge Sertai Sepang 1000 KM

Baru sahaja selesai perlumbaan pusingan kedua kejuaraan Toyota Gazoo Racing Festival dan Vios Challenge, pelumba-pelumba terlibat kembali lagi ke litar bagi menggalas cabaran perlumbaan Sepang 1,000 km (S1K) di Litar Antarabangsa Sepang.

Perlumbaan yang akan berlangsung selama sembilan jam dengan 181 pusingan itu bakal menyaksikan penyertaan 10 jentara lumba Vios Challenge, diterajui oleh Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Beliau akan mengetuai barisan pelumba pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia bersama pelumba kategori Super Sporting, William Ho dan rakan pemandu dari Jepun, Akira Iida, yang pernah menamatkan saingan Le Mans 24-hour sebanyak enam kali.

Perlumbaan pada hujung minggu ini juga akan menyaksikan penglibatan pasukan WingHin Motorsports dengan dua buah Vios termasuk yang dipandu oleh juara kategori Super Sporting musim kedua, Boy Wong dan pemandu kategori Super Sporting, Dannies Ng.

Akio Takeyama

Kereta Vios lain yang menyertai termasuk dua buah kereta daripada pasulan HI REV Dream Chaser yang dipandu oleh penunggang Malaysian MotoGP, Hafizh Syarin serta Alister Yoong dan pemandu TGR Vios Challenge, Bradly Benedict Anthony. Manakala kereta kedua pula dipandu oleh dua pemandu wanita, Siti Shahkirah Shaharul dan Angeline Lee.

Pasukan 23 Motors pula menyediakan tiga buah Vios yang dipandu oleh pemandu TGR Ahmad Tarmimi Tahang dan Mirza Syahmi. Bersama-sama pasukan mereka adalah pelakon/pelawak Sharnaaz Ahmad, Zizan Razak, Shuib Sepathu, Shahmira Muhamad, Akid Azle dan pelumba Malaysia, Zen Low.

Selain itu, pasukan yang memandu Vios adalah Azli Mohamed Dali dan Shafiq Shairul Zamri dari BHP Racing; gandingan Kenneth Loh, Tan Wei Ming, Teong Chee How dan Yak Tze Yih bagi pasukan OD Racing; dan Soh Chee Kiat, Lin Zheng Liang dan Deric Teo mewakili St Wangan Racing Team.

Kereta #39 pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia

Beberapa pemandu TGR lain juga akan turut serta di dalam perlumbaan hujung minggu ini termasuklah juara kategori Super Sporting musim pertama, Tengku Djan Ley, Hayden Haikal serta Adam Khalid dan Freddie Ang.

Syafiq Ali juga akan memasuki litar sebagai peserta TGR yang paling berpengalaman di dalam S1K dengan tiga kali kemenangan sebelum ini. Sementara itu, pemandu kategori Super Sporting TGR, Kenny Lee akan menggalas tanggungjawab sebagai pengurus pasukan, dengan empat jentera lumba yang akan bersaing.

Turut berlumba dalam acara berkenaan ialah pemandu TGR lain seperti Keifli Othman, Alif Hamdan, Leona Chin, pemenang kategori Sporting musim kedua Brendan Paul Anthony, Mark Darwin, Mirza Syahmi, Eddie Liew, Ahmad Tamimi Tahang dan Akina Teo.

Previous post

Renault Koleos Facelift Dilancarkan di Malaysia

Next post

Maserati Samaran Baharu Dilihat Di Modena Dengan Enjin 100% Maserati.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *