Motosikal / Skuter / Roda

Ducati Streetfighter V4 – Motosikal Paling Cantik di EICMA 2019

Pameran motosikal EICMA 2019 yang diadakan di Milan, Itali baru-baru ini menyaksikan kemunculan pelbagai model-model terbaru sama ada dari Asia atau Eropah.

Namun, hanya satu model yang layak dinobat sebagai motosikal tercantik pada acara tersebut. Gelaran itu menjadi milik Ducati Streetfighter V4, yang dipilih oleh pengunjung EICMA dan juga pembaca majalah motosikal Itali, Motociclismo, menerusi undian tahunannya yang ke-15.

Menurut Motociclismo, Streetfighter meninggalkan pesaing-pesaingnya jauh di belakang dengan 36.7% undian, diikuti oleh Aprilia RS 660 di tempat kedua dengan 14.9%, kurang separuh daripada jumlah undian untuk Streetfighter.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik MV Agusta Superveloce 800 dengan 11.23% undian. Di tempat keempat adalah Honda CBR1000RR-R SP dengan 9.43% manakala di tempat kelima adalah Moto Guzzi V85 TT Travel dengan 4.76%. Ini menjadikan Honda sebagai satu-satunya pengeluar bukan dari Itali yang berjaya menembusi kedudukan lima teratas.

Ditawarkan dalam versi V4 dan V4S, Streetfighter dikuasakan oleh enjin V4 Desmosedici Stradale 1,103 cc yang menjana 208 hp dan 123 Nm. Mereka yang mahukan tahap prestasi yang lebih tinggi boleh mendapatkan sistem ekzos perlumbaan Akrapovic yang meningkatkan kuasa kepada 220 hp.

Previous post

Isuzu D-Max Blue Power 1.9 Bukti Kemampuannya

Next post

Ferrari Roma Tampil Dengan Penggayaan Klasik Ala 60-an

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *