Geely ICON Dilancar Dengan Harga Hanya RM60,000
Terkejut dengan harga jualan Geely ICON Crossover ini? Well, harga pelancaran adalah €13,000 dan ini apabila ditukar pada kadar pertukaran sekarang memberikan harga spesifikasi tinggi sebuah Myvi yang dilengkapi dengan semua aksesoris Gear-Up. Ya, cukai dan kos penghantaran belum diambil kira, tetapi fikirkan jumlah ‘kereta’ yang anda dapatkan pada harga ini. Tambahan pula, ianya adalah ‘Volvo’ lagi!
Ini adalah model Geely kedua yang dibina di atas platform yang dibangunkan bersama-sama dengan Volvo Cars dan mungkin berita paling penting ialah ia akan menjadi global. Ini bermakna ia akan datang dalam versi pemacu tangan kanan dan kami mungkin akan mendapatnya di Malaysia sebagai Proton???
Reka bentuk akhir ICON yang dibangunkan oleh Geely Design di bawah pengawasan Peter Horbury dari Volvo Cars telah hampir dikekalkan dalam bentuk aslinya, dan ini berlaku bukan sahaja untuk bahagian luar, tetapi juga di dalam. Bahagian luar telah direka di studio di Barcelona, dalaman di California, dan kerja-kerja akhir di Shanghai.
Dimensi ICON adalah lebar 1,810mm, manakala ketinggian adalah 1,615mm, dimensi yang hampir serupa Soul KIA yang sedihnya tidak masuk ke Malaysia di bawah Naza Kia.
Kabin ICON mendapat 31 ruang penyimpanan untuk pelbagai barangan kecil: di antara mereka adalah semua jenis laci dan poket.
Pemandu mendapat panel instrumen dengan dua skrin sentuh warna 10.25 inci.
Setakat ini hanya satu enjin yang diumumkan: 1.5 liter tiga silinder turbocharged diperbuat dengan Volvo Cars yang menghasilkan 177 hp. Kotak gear adalah gear pra-terpilih robot tujuh peringkat.
No Comment