Motosikal / Skuter / Roda

Honda CBR1000RR-R Fireblade Sarat Teknologi MotoGP

Pameran motosikal EICMA 2019 yang berlangsung di Milan, Itali menyaksikan kemunculan Honda CBR1000RR-R Fireblade baharu.

Honda CBR1000RR-R Fireblade

Dibangunkan berasaskan pengalaman Honda dalam MotoGP, jentera ini dikatakan meminjam teknologi enjin dan casis dari RC213V-S dan aerodinamik dari jentera lumba MotoGP RC213V.

CBR1000RR-R dikuasakan oleh enjin 1,000 cc empat silinder yang mempunyai ukuran ‘bore’ dan ‘stroke’ yang sama dengan enjin RC213V-S iaitu 81 mm x 48.5 mm.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan rod penhubung (con rod) dan omboh yang ditempa daripada aluminium, manakala lapisan Diamond Like Carbon (DLC) mengurangkan geseran dalaman.

Hasilnya, enjin tersebut menghamburkan 214 hp pada 14,500 rpm dan 113 Nm tork pada 12,500 rpm, sekaligus menjadikannya enjin empat silinder sebaris Honda yang paling berkuasa setakat ini.

CBR1000RR-R juga boleh didapati dalam varian SP yang dilengkapi dengan sistem suspensi elektronik Öhlins dengan fork NPX 43 mm dan peredam hentak Öhlins TTX-36 Smart-EC, serta brek Brembo Stylema.

Selain pakej aerodinamik yang sama, kedua-dua varian juga mendapat IMU enam paksi keluaran Bosch yang menggantikan unit lima paksi sebelum ini. Ini membolehkan pengiraan ‘yaw’, ‘pitch’ dan ‘roll’ dilakukan dengan lebih tepat.

Selain itu, sistem ekzos titanium Akrapovic turut disertakan pada kedua-dua varian. Warna yang ditawarkan bagi kedua-dua varian adalah Grand Prix Red dan Matte Pearl Black.

Previous post

Pengeluaran Hyundai Sonata 2020 Dimulakan di Alabama

Next post

MINI Clubman Facelift Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *