Sukan

Isuzu D-Max Blue Power 1.9 Bukti Kemampuannya

Isuzu D-Max 1.9 berjaya menakluki Borneo Safari

Isuzu Blue Monster

Isuzu D-Max terbaharu dengan enjin Blue Power 1.9 liter meneruskan tradisi dengan membuktikan bahawa ia mampu mengharungi apa jua cabaran sepanjang tempoh tujuh hari acara Borneo Safari berlangsung; meredah permukaan jalan yang sukar dan tak menentu.

Isuzu Malaysia telah diberikan anugerah khas kerana memperkenalkan kapsiti enjin yang paling rendah iaitu 1.9L di dalam acara ini.

Baru sahaja dilancarkan sebulan yang lalu, Isuzu D-Max 1.9 yang menyertai acara ini hanya sempat mencatatkan 200 km pada odometernya, sebelum dipandu untuk meneroka dan meredah permukaan hutan di Sabah sebagai kenderaan pengangkut untuk media dalam acara mencabar yang bermula dan berakhir di Kota Kinabalu.

“Blue Monster” berkelengkapan standard, selain disesuaikan untuk kegunaan di permukaan ekstrem seperti; ketinggian badannya ditambah untuk membolehkannya menggunakan tayar permukaan lumpur, penyerap hentak larasan panjang, snorkel, winch dan penampan lasak sebegai pelindung ketika dalam permukaan tak menentu ketika di dalam hutan.

“Dengan hantaran kuasa yang mengagumkan serta padanan transmisi enam-kelajuan, D-Max 1.9-liter Blue Power menyerlah di dalam apa jua situasi, walaupun saiz enjinnya yang lebih kecil,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Mayasuki Suzuki.

Isuzu D-Max 1.9 liter menampilkan enjin 1,898 cc untuk mempertingkatkan prestasi enjin serta ketahanannya. Ia merangkumi komponen enjin yang lebih ringan yang sekaligus dapat mengurangkan geseran dan tekanan terhadap bahagian-bahagian terlibat. Sistem pengecas turbo Variable Geometry System (VGS) juga telah diberi kemaskini dan meningkatkan maklumbalas enjin, terutama ketika RPM rendah untuk memberikan respon enjin yang lebih baik kepada pemandu.

Jentera “Blue Monster” ini menyertai unit “Red Monster”, “White Monster” dan “Black Monster” sebagai sebahagian daripada komitmen Isuzu Malaysia selaku penaja utama acara berkenaan.

Isuzu Malaysia telah menjadi penyokong utama acara berkenaan sejak 13 tahun lalu. Borneo Safari dianjurkan secara tahunan sejak 1991.

Previous post

Harley-Davidson Umum Barisan Motosikal 2020 Mereka

Next post

Ducati Streetfighter V4 - Motosikal Paling Cantik di EICMA 2019

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *