Kini Anda Boleh Langgan Renault Megane R.S. 280 Cup
TC Euro Cars mengumumkan bahawa Renault Megane R.S. 280 Cup kini boleh didapati menerusi servis langganan Renault Subscription.
Model hot hatch itu menampilkan enjin turbo 1.8-liter empat silinder yang menjana 280 PS pada 6,000 rpm dan 390 Nm. Dengan transmisi manual enam kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 255 km/j.
Selain daripada manual, Megane R.S. 280 Cup juga ditawarkan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan. Kedua-dua versi tersedia menerusi Renault Subscription untuk tempoh dari satu hingga tiga tahun.
Megane R.S. 280 Cup turut dilengkapi dengan beberapa teknologi terkini seperti sistem kawalan empat roda 4Control.
Renault Subscription memberikan pelanggan kebebasan untuk memilih salah satu daripada dua pelan langganan yang ditawarkan iaitu Fixed Plan atau Switch Plan.
Fixed Plan adalah pelan yang lebih berstruktur yang ditawarkan untuk jangka masa pendek satu, dua atau tiga tahun, dengan kadar penggunaan bulanan meliputi cukai jalan, insurans dan kos penyelenggaraan yang bermula dari RM3,999.
Pelanggan yang memilih Switch Plan akan diberikan akses penuh kepada barisan model Renault tanpa sebarang perubahan pada kadar yang diumumkan sebelum ini. Switch Plan menawarkan Captur dengan pilihan untuk menggunakan kedua-dua Koleos dan Megane R.S. semasa dalam tempoh langganan.
Switch Plan tidak mempunyai had perbatuan dan penalti pembatalan, manakala bayaran adalah termasuk insurans, cukai jalan dan kos penyelenggaraan biasa. ‘Wear and tear’ Captur turut termasuk di dalam pelan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan yang ditawarkan, sila rujuk jadual di bawah:
No Comment