Mitsubishi Lancar Mirage, Attrage Facelift di Thailand
Mitsubishi telah melancarkan Mirage dan Attrage versi facelift di Thailand. Kedua-dua model tersebut akan dijual di negara itu bermula bulan ini, diikuti dengan pasaran-pasaran lain kemudian.
Mirage dan Attrage merupakan model segmen B yang saling berkait, cuma dibezakan menerusi bentuk badan di mana Mirage adalah hatchback manakala Attrage adalah sedan. Kedua-duanya dipasang di kilang Laem Chabang di Thailand.
Apa yang baru?
- Rekaan Dynamic Shield pada bahagian hadapan dengan
- Susun atur lampu hadapan yang membuatkan ia kelihatan lebar dengan rekaan lampu LED yang bersambung dengan gril dan lampu kabus
- Begitu juga dengan bahagian belalang, di mana lampu LED berbentuk L menyerlahkan kelebaran bampar
- Kedua-dua Mirage dan Attrage ditawarkan dalam warna baharu White Diamond
- Mirage boleh didapati dalam warna baharu Sand Yellow
- Kedua-dua model ditawarkan dengan rim aloi 15 inci baharu dengan kemasan diamond-cut dwi-tona pada Mirage dan perak pada Attrage
- Rekaan perehat tangan baharu dengan fabrik lembut
- Corak karbon yang sporty pada panel meter dan panel suis tingkap
- Varian tinggi didatangkan dengan rekaan tempat duduk istimewa
- Untuk Mirage, tempat duduk dikemaskan dengan gabungan fabrik/kulit sintetik yang sporty
- Untuk Attrage, upholsteri kulit sintetik dengan rekaan monotone digunakan
- Tambahan jalur (piping) dan jahitan pada bahagian sisi kerusi memberikan sentuhan elegan
- Sistem Smartphone Display Audio (SDA) dengan skrin berukuran tujuh inci yang menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto
No Comment