Mitsubishi Triton Adventure X, Triton AT Premium Dapat Aksesori Tambahan
Pada majlis pelancaran Triton Quest, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) turut sempat memperkenalkan Triton Adventure X dan Triton AT Premium yang hadir dengan beberapa aksesori tambahan.
Bagi Triton Adventure X, varian tertinggi dalam barisan Triton itu kini didatangkan dengan Monitor Pandang Keliling yang menggunakan beberapa buah kamera di sekeliling kenderaan dan Perakam Video Memandu (DVR).
Bukan itu sahaja, pelekat sisi badan menyerlahkan lagi imej sporty trak ini manakala tint keselamatan dan solar premium memberikan lebih keselesaan kepada penumpang.
Sementara itu, Triton AT Premium juga menerima penambahbaikan yang berupa Perakam Video Memandu, upholsteri kulit dan dan skrin sentuh berukuran tujuh inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.
Penambahbaikan aksesori ini hanya ditawarkan oleh pengedar sah MMM di semua bilik pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara.
Berikut adalah harga dan warna setiap varian Triton yang ditawarkan:
No Comment