Pandu Kereta Perodua Anda di Litar Sepang Hujung Minggu Ini
Berita baik untuk pemilik kereta Perodua yang ingin merasai pengalaman memandu di Litar Antarabangsa Sepang!
Bersempena dengan perlumbaan endurance 24 jam K-Car Global 2019 yang akan berlangsung di Sepang pada 16 November ini, Perodua menjemput para pelanggannya untuk memandu jentera mereka sendiri di litar tersebut.
Lebih menarik lagi, yuran penyertaan untuk acara ini adalah sangat rendah iaitu RM20 sahaja bagi setiap kereta yang didaftarkan. Jika anda merupakan ahli UFirst Perodua, anda hanya perlu membayar RM10 dan menebus 1000 UKoin.
Bukan itu sahaja, jika anda menebus 10,000 UKoin, anda tidak perlu membayar langsung untuk menyertai acara yang julung kali diadakan ini.
Berikut adalah langkah-langkah untuk turut serta dalam acara ini:
- Daftar atau log masuk ke akaun UFirst anda di www.UFirst.com.my/app atau laman web UFirst.
- Pilih ‘Redemption’ dan klik pada K-Car Global 2019 – Sepang 24H Endurance.
- Pilih pilihan penyertaan anda (bilangan peserta) dan masukkan nombor pendaftaran kereta anda serta butiran peserta, nama dan umur padam kolum ‘Remark’ semasa checkout.
- Teruskan pembayaran menerusi e-payment UFirst (kad debit atau perbankan dalam talian sahaja).
- Untuk sebarang pertanyaan, peserta boleh e-mel kepada UFirst@Perodua.com.my atau hubungi 03-60928888 sambungan 5433/3661.
Sudah tentu, acara ini melibatkan pelbagai terma dan syarat. Antaranya adalah ia hanya terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Hanya kereta Perodua dibenarkan menyertai acara ini dan setiap kereta perlu disahkan oleh Perodua dan K-Car Global. Peserta perlu memakai kasut bertutup dan topi keledar yang diiktiraf SIRIM (tidak disediakan). Untuk terma dan syarat lanjut, klik pautan ini: K-Car Global.
Berminat? Anda perlu cepat kerana acara ini terhad kepada 100 penyertaan sahaja. Pendaftaran akan ditutup hari ini (15 November 2019) pada pukul 3 petang.
No Comment