Pelumba Indonesia Afridza Munandar Meninggal Dunia
Pelumba Asia Talent Cup (ATC), Afridza Munandar disahkan meninggal dunia berikutan kemalangan yang dialaminya di Litar Antarabangsa Sepang pada Sabtu lalu.
MotoGP dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku di selekoh 10 pusingan pertama perlumbaan, dengan bendera merah dikibarkan sejurus selepas itu.
Pelumba dari Indonesia yang berusia 20 tahun itu pada awalnya diberikan rawatan di tepi litar sebelum diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter.
Walaupun dengan usaha terbaik pihak perubatan litar dan hospital, Afridza tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal sejurus selepas tiba.
Afridza merupakan salah satu pelumba paling menonjol dalam ATC musim ini, dengan dua kemenangan dan dua penamat di tempat kedua dan ketiga.
Dalam satu kenyataan lain, MotoGP mengumumkan bahawa Nombor 4 akan dibersarakan dan tidak akan digunakan lagi dalam perlumbaan ATC sebagai menghormati pemergian Afridza.
No Comment