Pengeluaran Hyundai Sonata 2020 Dimulakan di Alabama
Hyundai telah mempamerkan Sonata 2020 pada pertunjukan Miami International Auto Show yang ke-49.
Model generasi kelapan itu memulakan fasa pengeluarannya di Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA) sebelum memasuki pasaran menjelang akhir bulan ini.
Sonata 2020 merupakan sedan pertama yang direka dengan bahasa reka bentuk Hyundai Sensuous Sportiness. Sebagai kenderaan yang mengalami transformasi sepenuhnya, ia kini tampil dengan bentuk coupe empat pintu yang sporty.
Ia juga merupakan model pertama yang berasaskan platform Hyundai baharu yang dikatakan lebih kuat dan pada masa yang sama ringan. Ini dapat meningkatkan aspek reka bentuk, keselamatan, kecekapan serta prestasi pemanduan.
Sementara itu, aspek keselesaan, kemudahan dan keselamatan aktif turut diperkuatkan menerusi penggunaan pelbagai teknologi canggih.
Sonata adalah penting untuk syarikat kami sebagai salah satu model yang paling lama dan paling berjaya di pasaran global,” kata Mike O’Brien, naib presiden, perancangan produk, korporat dan digital untuk Hyundai Motor America.
“Ia merupakan kenderaan yang diubah sepenuhnya dengan teknologi pemperibadian maju, platform baru dan pelbagai teknologi keselamatan. Kami yakin pelanggan akan terkejut dengan model baharu yang inovatif ini.”
No Comment