Volkswagen Atlas Cross Sport R Bakal Mengganas di Baja 1000
Volkswagen akan menyertai perlumbaan rali Baja 1000 pada tahun hadapan dengan trak yang telah diubahsuai iaitu Atlas Cross Sport R.
Diperkenalkan pada acara Los Angeles Auto Show yang berlangsung baru-baru ini, jentera tersebut akan dikemudi oleh juara rallycross, Tanner Foust dan veteran Baja, Rhys Millen yang akan bertanding dalam Kelas 7.
Tidak banyak perincian teknikal mengenai jentera ini yang didedahkan setakat ini. Apa yang diberitahu, Atlas Cross Sport R dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang dibangunkan oleh Volkswagen Motorsport untuk program Rallycross dan WRC.
Menurut Volkswagen, enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 600 hp namun bagi mencapai keseimbangan antara prestasi dan ketahanan, kuasa Atlas Cross Sport R dihadkan kepada 480 hp sahaja.
Masih dalam bentuk konsep, jentera ini kini dalam fasa ujian untuk pembangunan selanjutnya sebelum perlumbaan pada tahun hadapan.
No Comment