Azrul Osman Rani Dilantik Sebagai CEO Petronas Dagangan Berhad
Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan pelantikan Azrul Osman Rani sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif barunya berkuatkuasa 1 Januari 2020.
Beliau kini merupakan Ketua Pembangunan Komersial dan Pembentukan Usahasama di Petronas Refinery & Petrochemical Corporation (PRPC), dengan peranan kedua sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PRPC Utilities & Facilities.
Merupakan seorang graduan Petronas, Azrul memelukan kariernya di PDB Retail Business sebelum mengorak langkah menjadi pedagang di Malaysian International Trading Corporation Sdn Bhd (MITCO) di mana beliau memasarkan pelbagai produk petrokimia ke Indonesia.
Dari 2014 hingga 2018, beliau mengetuai rundingan strategik yang membawa kepada pembentukan usahasama antara Petronas dan Saudi Aramco di dalam Kompleks Bersepadu Pengerang, di mana Petronas membuat pelaburan terbesarnya yang berjumlah $27 bilion.
Azrul bakal menggantikan Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir yang menyertai Petronas sebagai Naib Presiden Pemasaran pada Julai 2017, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif pada Jun 2018.
No Comment