Bentley Mulsanne Extended Wheelbase Khas Untuk Pasaran China
Divisyen khas Bentley iaitu Mulliner telah memperkenalkan Mulsanne Extended Wheelbase. Model ini terhad kepada 15 unit dan akan dijual di China sahaja.
Pelanggan yang bertuah untuk memiliki model ini boleh memilih sama ada warna Onyx (biru gelap) atau Black Velvet (hitam dengan pigmen merah). Kedua-dua warna dipadankan dengan garisan emas halus yang dicat dengan tangan di sepanjang sisi badan.
Rim ‘Radiance’ berukuran 21 inci dan jeriji khas Mulliner ‘Serenity’ yang bermotifkan berlian menjadi pelengkap penampilan model eksklusif ini.
Seperti yang dijangka, ruang kabin Mulsanne Extended Wheelbase menampilkan pelbagai material mewah. Satu ciri unik yang terdapat pada model ini tetapi tiada pada Mulsanne biasa adalah sulaman corak bandaraya London pada tempat duduk.
Corak yang sama turtu ditampilkan pada papan pemuka. Bentley menawarkan tiga skema warna iaitu Newmarket Tan dengan Burnt Oak, Fireglow dengan Imperial Blue, atau Shortbread dengan Redwood.
Tiada maklumat mengenai spesifikasi enjin namun Mulsanne Extended Wheelbase dijangka mengekalkan enjin 6.75-liter V8 yang menjana 513 PS dan 1,020 Nm.
No Comment