Berita Auto

BMW 3 Series Touring Dengan Pakej AC Schnitzer

Pakar talaan BMW iaitu AC Schnitzer telah memperkenalkan pakej naik taraf yang dibangunkan khas untuk 3 Series Touring.

Pakej tersebut merangkumi kit badan aerodinamik yang terdiri daripada splitter hadapan, skirt sisi custom serta spoiler belakang. Dengan kit badan ini, wagon tersebut tampil lebih agresif tetapi tidak keterlaluan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan rim AC Schnitzer dalam saiz 19 atau 20 inci, serta pelbagai komponen aluminium untuk bahagian dalaman seperti pedal penukar gear, perehat kaki, pedal dan juga pemegang kunci.

Selain itu, firma talaan dari Aachen itu turut menawarkan naik taraf mekanikal. Antaranya adalah sistem suspensi sport yang lebih rendah sebanyak 25 mm dan sistem ekzos dengan empat muncung yang membuatkannya kelihatan tidak ubah seperti M3.

Untuk enjin pula, kuasa pada varian 330d ini telah dipertingkatkan dari 265 hp dan 580 Nm kepada 315 hp dan 660 Nm. AC Schnitzer juga dalam proses membangunkan kit naik taraf prestasi untuk varian 320i, 330i dan M340i xDrive.

Previous post

Bugatti Chiron Hermes Edition Ambil Masa 3 Tahun Untuk Disiapkan

Next post

Saingan BMW dan Mercedes-Benz Semakin Sengit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *