Ford Mustang Shelby GT350, GT350R Dapat Pakej Heritage Edition
Pada 14 Februari 1965, Ken Miles melintasi garisan penamat di Green Valley Raceway, Texas, dengan memandu sebuah Mustang Shelby GT350 berwarna Wimbledon White yang dipadankan dengan jalur Guardsman Blue.
Sejak peristiwa itu, Shelby GT350 telah menjadi ikon Mustang manakala skema warna tersebut terus diingati ramai terutamanya peminat model itu.
Untuk tahun 2020, Ford akan menawarkan skema warna yang ikonik itu pada Shelby GT350 dan GT350R menerusi pakej Heritage Edition.
Selain daripada warna tersebut, kedua-dua model Heritage Edition mendapat lencana eksklusif pada bahagian hadapan dan belakang, dan satu lagi pada papan pemuka. GT350R hadir dengan kerusi berwarna hitam dengan jahitan kontras berwarna merah.
Pakej Heritage Edition ini ditawarkan setahun selepas GT350 menerima beberapa penambahbaikan yang melibatkan geometri casis hadapan, ABS dan sistem suspensi MagneRide.
Mustang Shelby GT350 ditawarkan pada harga $60,400 (RM250,086) manakala GT350R pada $73,435 (RM304,057). Untuk mendapatkan pakej Heritage Edition, pelanggan hanya perlu menambah $1,965 (RM8,136).
No Comment