Harga Jualan Hot Wheels Di Jepun Gila
Harga Hot Wheels sekarang mahal gila.
Di Yokohama Hot Rod & Custom Car Show 2019 baru-baru ini , kami terkejut mendapat tahu bahawa kolektor Hot Wheels Jepun (muda dan tua) telah membawa jenama Hot Wheels ke tahap kegilaan baru.
Ya, kami menggunakan perkataan ‘gila’ kerana harga yang diminta untuk mainan Hot Wheels ini sudah melambung dan ianya kini telah menjadi perniagaan baru bagi beberapa orang Asia yang berdaya usaha yang membeli dan memperdagangkan koleksi Hot Wheels terpakai.
Sebagai contoh, kolektibel Hot Wheels Datsun edisi terhad boleh dijual di pasaran terpakai sebanyak RM300.00 jika ia masih dalam kotaknya dan tidak ada kerosakan pada bungkusan asal dan kereta mainan itu sendiri.Harga asal untuk Datsun Hot Wheels ini adalah antara RM8.50 hingga 16.00 bergantung pada tempat anda membelinya.
Satu lagi contoh, hatchback Honda Civic 1990 yang dikeluarkan oleh Hot Wheels pada tahun 2014. Ini kini sudah menjadi kolektibel dan di Jepun dijual pada harga RM110-120.00.
Seterusnya kita ada Hot Rod Ford 1932 yang jarang dengan stiker MOONEYES dijual dengan harga sebanyak RM380.00 dan ini tidak banyak dijual.
Bukan kereta mainan Hot Wheels sahaja yang dijual dengan margin tinggi yang gila ini. Sebahagian daripada anda pembaca yang lebih tua mungkin ingati kepada model kereta bernama Majorette yang dibuat di Perancis. Jenama ini mempunyai model Toyota Hiace Series 1 yang terkenal di Thailand sebagai teksi resort. Mainan kecil ini yang mempunyai harga jualan baru antara RM7.50 hingga RM8.50 tetapi dijual di Jepun untuk RM120.00 dan kualitinya pun taklah begitu hebat.
Fenomena model kereta mainan ini bukan hanya di Jepun sahaja kerana Malaysia dan Singapura juga turut sama dalam kegilaan ini dan harga untuk model koleksi tertentu semakin meningkat dan jumlah pengumpul juga semakin ramai.
Adakah anda seorang pengumpul? Kami pun ada beberapa model kereta di rumah dan kami bersedia untuk berpisah dengannya jika harga yang ditawar cukup untuk membeli kereta klasik yang sebenar.
No Comment