Porsche 911 Rali Baja Dibuka Untuk Tempahan
Pada pertunjukan SEMA di Las Vegas bulan lalu, Russell Built Fabrication mempamerkan sebuah prototaip jentera rali Baja yang berasaskan Porsche 911 (generasi 964).
Berita baik kerana syarikat itu kini membuka tempahan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengubah jentera mereka menjadi sesuatu yang lebih unik mengikut citarasa tersendiri.
Bagi memastikan setiap jentera yang diubahsuai mampu menangani cabaran off-road, RBF mengukuhkan casis dan sistem suspensi menerusi pelbagai modifikasi.
Antaranya, jarak antara roda kiri dan kanan dilebarkan sebanyak 14 inci manakala jarak roda juga bertambah sebanyak tiga inci, memberikan badan yang lebih stabil. Ini dipadankan dengan rim fifteen52 Integrale berukuran 15 inci yang dibalut tayar Toyo Open Country A/T II.
Untuk badan, syarikat itu menggunakan material komposit untuk membentuk setiap panel, termasuk pintu, dapra dan hud. Hasilnya, lebih 181 kg berat berlebihan berjaya dikurangkan, menjadikan berat keseluruhan jentera ini kira-kira 1,270 kg dengan spesifikasi penuh.
Kabin pula diisi dengan sangkar keselamatan, kerusi karbon Sparco SPX serta paparan digital Motec. RBF menawarkan pelbagai jenis spesifikasi, termasuk pilihan karpet dan upholsteri untuk melengkapkan suasana ruang dalaman.
Bagi enjin pula, RBF bekerjasama dengan Rothsport Racing untuk membina semula enjin asal dari 3.6-liter kepada 3.8-liter. Dengan komponen dalaman custom dan ECU Motec, enjin tersebut menjana 365 hp dan 420 Nm. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan sama ada pacuan roda belakang aatau pacuan semua roda.
No Comment