Toyota RAV4 Menangi Anugerah Kereta Tahunan Jepun 2019
Buat pertama kalinya dalam tempoh sedekad, Toyota memenangi anugerah Kereta Tahunan Jepun apabila RAV4 dinobat sebagai kereta terbaik bagi tahun 2019.
Diperkenalkan pada Mac tahun lalu, model generasi kelima itu berjaya mengutip sebanyak 436 undian, mengalahkan pesaing terdekatnya yang juga dari Jepun iaitu Mazda3 di tempat kedua dengan 328 undian dan BMW 3 Series di tempat ketiga dengan 290 undian.
Sementara itu, Toyota Corolla menduduki tempat keempat dengan 118 undian, Jaguar I-Pace di tempat kelima dengan 109 undian dan di tempat keenam adalah Jeep Wrangler dengan 56 undian.
Bagi kategori anugerah khas, Wrangler dipilih sebagai pemenang Emotional Award atas keupayaan pemandua on-road dan off-road, manakala Nissan Skyline yang dilengkapi dengan sistem pemanduan separa autonomi ProPilot 2.0 membawa pulang Innovative Award.
Mitsubishi eK Cross dan Nissan Dayz pula berkongsi anugerah Small Mobility.
No Comment