Bisnes

Mercedes S-Class W222 Yang Ke 500,000

Adakah ia akan lebih popular daripada W221 sebelum Krismas tahun ini?

Mercedes S-Class W222

Beberapa jam yang lalu, sedan generasi baru S-Class yang ke 500,000 meninggalkan barisan pengeluaran kilang di Sindelfingen. Puncak semasa dihasilkan untuk pasaran global 2013 secara eksklusif di platform Jerman ini.

Sehingga generasi baru S-Class dilancarkan iaitu kira-kira dalam masa satu tahun, pengeluaran S-Class W222 semasa akan melebihi model W221 yang juga melepasi lebih kurang 500,000 unit semasa tahun-tahun pengeluarannya.

Sejarah

Apabila generasi baru Mercedes-Benz S-Class meraikan pelancaran perdana dunianya pada 2013 di Hamburg, para pakar menggambarkannya sebagai “kereta terbaik di dunia” dari awal. Ia sememangnya sedan mewah terlaris di dunia, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini ia telah menerima pelbagai anugerah. Sejak melancarkan model 220 pada tahun 1951 (gambar di atas) dan sehingga sekarang, kira-kira empat juta sedan S-Class telah dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia dan China adalah pasaran terbesar di mana lebih daripada satu pertiga daripada semua sedan S-Class yang dihasilkan dijual di sana.

Pengeluaran

Kilang Mercedes-Benz di Sindelfingen adalah pusat kecemerlangan untuk kenderaan mewah dan kilang utama untuk pengeluaran model S dan E-Class. Pada masa akan datang, ini juga akan menjadi lokasi untuk pengeluaran kenderaan elektrik di bawah jenama EQ yang baharu. Bersama dengan organisasi pengeluaran pusat Mercedes-Benz Cars, jumlah pekerja berjumlah lebih dari 25,000.

Model Semasa

Kini Mercedes-Benz menghasilkan E-Class (Saloon dan Estate), serta CLS, S-Class (Saloon, Coupe dan Cabriolet), Mercedes-Maybach, keluarga Mercedes-AMG GT dan GLA. Kira-kira 250 kenderaan dihantar setiap hari ke Pusat Pelanggan Sindelfingen.

KENYATAAN MEDIA: Latest technology for the S-Class production is currently characterized by multiple digital technologies: data transmission through state-of-the-art methods and the latest hardware solutions facilitates work without any paper, for example. Employees find out about the scope of each vehicle’s specifications through a screen. Mobile devices assist them in each of the individual stages of work.

Each vehicle can be precisely located, at any time, in a virtual representation of the factory. Customers also benefit from this: with the Digital Anticipation service they can track the production status of their vehicle online.

Measures that facilitate a particularly ergonomic way of working for employees play a central role. These include mobile platforms that move in line with the line. What is known as the ErgoSkid, which lifts vehicles from the 26-centimeter assembly line, while employees mount under the floor harnesses, also makes an essential contribution to improved ergonomics.

Previous post

Mitsubishi XPANDER Cross Nampak Gayanya Tidak Akan Tiba Di Malaysia 2019 Ini

Next post

Honda Wave Alpha Baharu Dilancarkan - Dari RM4,339

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *