Volvo Group dan Isuzu Motors Bentuk Pakatan Strategik
Volvo Group dan Isuzu Motors telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk membentuk pakatan strategik bagi meneroka peluang dalam industri kenderaan komersial.
Sebagai langkah pertama, kedua-dua syarikat akan membentuk perkongsian teknologi global bagi mewujudkan perniagaan trak tugas berat yang lebih kukuh bagi Isuzu Motors dan UD Trucks di Japan dan pasaran antarabangsa.
Ini akan melibatkan penyerahan perniagaan UD Trucks dari Volvo Group kepada Isuzu Motors bagi mempercepatkan pertumbuhan. Kedua-dua syarikat saling melengkapi dari perspektif geografi dan barisan produk, dengan lebih banyak peluang untuk diterokai dari semasa ke semasa.
Semua kerjasama teknologi antara Kumpulan Volvo dan Isuzu Motors akan diuruskan melalui kontrak individu.
MoU yang ditandatangani oleh kedua-dua syarikat adalah bersifat tidak mengikat (non-binding). Langkah seterusnya adalah memuktamadkan skop perniagaan yang akan dipindahkan.
Perjanjian yang bersifat mengikat (binding) dijangka ditandatangani menjelang pertengahan 2020 dan penutupan transaksi dijangka menjelang akhir tahun hadapan.
No Comment