MPV Terlibat Dalam Kemalangan Dan Terbakar – 2 Beranak Rentung
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian setelah pihaknya menerima maklumat kira-kira 10 pagi.
“Difahamkan, kenderaan MPV Toyota Alphard itu dinaiki tiga beranak sebelum terbabas dan terbakar. Bapa bersama anak tiga tahunnya rentung manakala isteri lelaki terbabit berjaya menyelamatkan diri. Kemalangan berlaku di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas.
Menurut kenyataan polis, “Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat. Maklumat lanjut mengenai kejadian ini akan dimaklumkan kemudian,”
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 9.58 pagi kata Pengarah Bomba tersebut, Saadon Moktar.
“Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, sebuah MPV didapati terbakar. Kenderaan mungkin melanggar penghadang jalan, terbabas dan terbakar di situ. Ia terbakar 100 peratus,” katanya.
Menurutnya, selepas api dipadamkan dan pemeriksaan dibuat menemui dua mangsa yang rentung di dalam kenderaan.
Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Mangsa adalah Yeap Boon Kwan 23, bersama anak perempuannya Yeap Jing Xuan 3.
Takziah kepada isteri / ibu mangsa yang terselamat Chan Sin Yee 29.
No Comment