Berita Auto

Aston Martin Bakal Perkenal Sistem Kamera Pandang Belakang

Aston Martin kini sedang bekerjasama dengan pembekal automotif, Gentex, untuk membangunkan sistem pemantauan kamera yang bertujuan meningkatkan keupayaan pemandu untuk mengawasi keadaan trafik pada bahagian sisi dan belakang kenderaan.

Menurut syarikat itu, prototaip pertama sistem tersebut yang dipasang pada sebuah Aston Martin DBS Superleggera akan dipamerkan di Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas pada minggu hadapan.

Sistem unik ini menggunakan tiga buah kamera – dua tersorok pada kamera sisi dan satu di atas bumbung – untuk memberikan pandangan sisi dan belakang kenderaan. Gabungan video dari ketiga-tiga kamera tersebut akan dipaparkan pada cermin padangan belakang di dalam kabin.

Untuk prototaip tersebut, Aston Martin menguruskan aspek reka bentuk dan kejuruteraan manakala Gentex bertanggungjawab mengintegrasikan kamera, pemprosesan imej dan paparan pada cermin pandang belakang. Gentex turut bekerjasama dengan pembekal cermin, Lumatech untuk menghasilkan cermin luaran.

Satu perkara menarik tentang sistem ini adalah pemandu masih boleh menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang seperti biasanya sekiranya ia rosak.

Sistem ini mungkin akan diperkenalkan pada kenderaan Aston Martin pada masa akan datang. Ia direka untuk digunakan di negara-negara yang mempunyai piawaian cermin yang berbeza.

Previous post

Tempahan Perodua Bezza 2020 Dibuka

Next post

Kos Sebenar Kereta Import Sebelum Dikenakan Cukai Malaysia Tahun 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *