BHPetrol Rai Tahun Baru Cina Bersama Pelanggan
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, BHPetrol hari ini mengadakan majlis sambutan di stesen BHPetrol Jalan Cheras 1&2 di Kuala Lumpur.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad. Ia turut dihadiri oleh para pengusaha stesen minyak BHPetrol di sekitar Lembah Klang, rakan-rakan niaga dan para pelanggan.
Majlis itu juga disertai oleh tetamu khas, Wong Yau Duenn, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) yang hadir untuk menyampaikan pelbagai tips keselamatan jalan raya bersempena musim perayaan ini.
Ir. Azizul dan rakan sekerja beliau turut sempat mengagihkan beg cenderahati berisi makanan ringan, minuman dan limau mandarin, serta angpow berisi baucar BHPetrol kepada para pelanggan yang hadir. Pelbagai snek dan minuman percuma sumbangan pelbagai syarikat turut dihidangkan.
“Kepada semua pelanggan kami khususnya kaum Cina, Selamat Tahun Baru Cina, GONG XI FA CHAI! Berhati-hati ketika memandu, semoga selamat dan bergembira menyambut perayaan bersama keluarga dan orang tersayang. Berhentilah di mana-mana stesen BHPetrol untuk mengisi semula tangki anda dengan bahan api Infiniti untuk perjalanan yang lancar dan membeli makanan dan minuman ringan dari kedai serbaneka BHPetromart. Yang penting – janji selamat sampai”, kata Azizul.
No Comment