Tiada Lagi Caj Tambah Nilai Touch ‘n Go di Stesen Shell di Lebuhraya Utara Selatan
Shell Malaysia mengumumkan bahawa ia akan memansuhkan fi 50 sen ke atas tambah nilai Touch ‘n Go di semua 27 stesennya di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan bermula hari ini.
Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata bahawa langkah ini diambil bagi membantu rakyat Malaysia berjimat terutamanya dengan kos sara hidup yang kian meningkat.
Pada masa yang sama, Shell Malaysia kini sedang menjalankan kempen ‘Nak Ekstra RM20,000?’, di mana orang ramai berpeluang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 serta 20 hadiah sagu hati bernilai RM1,000 setiap satu.
Untuk menyertai, anda hanya perlu berbelanja minimum RM40 untuk bahan api, minyak pelincir atau produk Shell Select.
No Comment