Ducati Scrambler 1100 Pro Diperkenalkan
Motosikal dengan rekaan retro moden dilihat semakin popular dan ini dapat dibuktikan dengan barisan Ducati Scrambler yang semakin berkembang.
Dalam perkembangan terbaru, pengeluar motosikal dari Bologna itu telah memperkenalkan dua model Scrambler terkini iaitu Scrambler 1100 Pro dan Sport Pro.
Menampilkan rekaan retro moden, Scrambler 1100 Pro kini ditawarkan dalam warna Ocean Drive bersama padanan rangka Trellis dan sub rangka aluminium berwarna hitam.
Selain ekzos berkembar pada sebelah kanan dan pemegang nombor plat yang rendah, satu lagi ciri unik yang menjadikan model ini lebih menonjol adalah logam ‘X’ pada lampu hadapan.
Scrambler 1100 Sport Pro menampilkan perincian reka bentuk yang sama dengan Pro tetapi dengan tambahan sistem suspensi Ohlins, bar hendal yang lebih rendah serta cermin sisi ‘cafe racer’. Ia juga hadir dengan skema warna hitam matte dengan logo ‘1100’ pada panel sisinya.
Scrambler 1100 dikuasakan oleh enjin 1,079 cc silinder berkembar dengan output sebanyak 86 hp dan 88 Nm. Enjin ini dipadankan dengan tangki minyak berkapasiti 15 liter.
Kelengkapan elektronik yang disertakan adalah Ducati Traction Control (DTC), ABS Cornering dan tiga mod tunggangan iaitu Active, Journey dan City.
No Comment