Ferrari Jenama Terkuat Dunia
Brand Finance, perunding penilaian jenama dan strategi bebas antarabangsa, telah menamakan Ferrari sebagai jenama terkuat di dunia untuk kali kedua berturut-turut.
Pengeluar supercar dari Itali itu mempuyai skor Indeks Kekuatan Jenama (BSI) sebanyak 94.1 daripada 100, sekaligus meletakannya di hadapan 11 jenama lain yang menerima rating AAA+.
Dilaporkan pada Forum Ekonomi Dunia di Davos baru-baru ini, laporan Brand Finance Global 2020 menyatakan nilai jenama Ferrari pada 9.1 bilion USD (RM37.16 bilion) dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 9%.
Brand Finance menentukan nilai jenama dengan menganggarkan manfaat ekonomi kepada pemilik jenama perlesenan tanda dagang di pasaran terbuka. Ia juga mengukur kekuatan jenama berdasarkan prestasi berbanding pesaing mereka.
No Comment