Ford Kongsi Laporan Kecenderungan Global 2020 Mereka
Walaupun trend tahun ini nampak muram seperti kesunyian, ketidakpastian dan kepentingan sifat boleh dipercayai merupakan tema-tema dominan, Ketua Masa Hadapan Ford mendedahkan banyak peluang perniagaan dan cara manusia berhubung untuk berkembang maju.
Menurut laporan Ford ini, masyarakat kini berasa tertekan dengan perubahan yang berlaku di dunia – dan mereka merasa semakin sukar untuk mempercayai jenama-jenama dan saling berhubung dengan rakan-rakan sekerja berbanding sebelumnya.
45 peratus orang dewasa di dunia mengatakan bahawa mereka kerap merasa kesunyian, dan ini memberikan peluang kepada syarikat-syarikat dan jenama-jenama untuk membantu mereka mencari keselesaan dan saling berhubung.
58 peratus orang dewasa di dunia pula mengakui mereka putus asa berbanding merasa berharap dalam menangani isu perubahan iklim.
Namun begitu, kurang dari separuh daripada jumlah itu sebenarnya melakukan sesuatu seperti memilih mod pengangkutan mesra alam. Antara inisiatif yang dilakukan oleh mereka ialah memandu kenderaan elektrik, berkongsi kenderaan dan menggunakan pengangkutan awam.
Kenyataan Media
KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Januari 2020 – Di alaf manusia sentiasa berhubungan, para pengguna hari ini merasa semakin sunyi – dan merasa lebih sukar untuk mempercayai rakan-rakan setaraf dan syarikat-syarikat.
Di dalam kajian 2020 Melihat Ke Hadapan dengan Laporan Kecenderungan Ford, diterbitkan hari ini yang merupakan laporan tahunan yang kelapan oleh Ford Motor Company, ia mengenal pasti kepercayaan sebagai tema global yang dominan dan mengkaji bagaimana syarikat-syarikat mampu memperolehi kembali nilai-nilai tersebut.
“Kadar perubahan global semakin meningkat – dan tanpa kepercayaan terhadap institusi, jenama dan rakan setaraf, manusia secara majoritinya akan begitu tertekan, ujar Sheryl Connelly, Pengurus Kecenderungan Pelanggan Global dan Masa Hadapan Ford.
“Pengguna mahu untuk percaya bahawa syarikat-syarikat melakukan perkara yang betul, tetapi syarikat harus memberikan mereka sebab yang jelas untuk membuatkan mereka yakin. Di Ford, kami sentiasa begitu fokus dalam memperbaiki kehidupan para pengguna dan masyarakat,supaya kami dapat terus mendapat kepercayaan dan terus maju bersama.”
Kaji selidik yang merangkumi 14 negara termasuk benua Amerika, Asia, Eropah dan Timur Tengah, laporan global itu merumuskan bahawa kemampuan untuk mempercayai rakan setaraf, masyarakat, pegawai yang dilantik dan perniagaan memberi impak yang besar terhadap kehidupan seharian mereka. Lain-lain kecenderungan pengguna yang ditunjukkan dalam laporan termasuklah:
- Sendirian: Kesunyian telah menjadi wabak yang merebak secara global. Kesunyian adalah lebih ketara di kalangan golongan muda – 62 peratus golongan Gen Z di seluruh dunia bersetuju dengan kenyataan “Saya kerap merasa sunyi” dan 50 peratus bersetuju “Saya selalu merasa sunyi apabila berada di sekeliling orang lain.”
- Di bawah permukaan: Minat dalam elemen-elemen yang tidak boleh dilihat dalam usaha untuk membina kepercayaan pengguna semakin meningkat. Pengguna-pengguna mahu mempercayai bahawa syarikat-syarikat sedang melakukan perkara yang betul tetapi pengguna juga perlu melihat apa yang sebenarnya terjadi sebagai bukti untuk mempercayainya. 67 peratus golongan dewasa di dunia berkata apabila sekali mereka hilang keyakinan terhadap sesuatu jenama, ia tiada peluang untuk beroleh keyakinannya kembali.
- Panggilan untuk Perubahan: Pengguna meminta jenama-jenama untuk berubah dari cara pemikiran yang berteraskan produk, kepada cara pemikiran yang berasaskan nilai. Namun, kenyataan itu tidak selalunya memberikan impak kepada corak pembelian mereka. 59 peratus golongan dewasa global berkata mereka lebih mementingkan kemudahan pembelian dari nilai jenama.
- Harapan Tinggi: Dengan perkembangan perdagangan internet, harapan juga turut meningkat. 67 peratus golongan dewasa sedunia bersetuju dengan kenyataan “Saya kini mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap jenama-jenama berbanding dahulu.
- Paradoks Hijau: Pengguna-pengguna di dunia sekarang semakin risau mengenai perubahan iklim. Namun begitu, kerisauan itu tidak bermaksud mereka mahu terus berubah. 64 peratus dari mereka yang tidak mahu berubah demi untuk menangani perubahan iklim percaya mereka tidak mampu untuk mengubah apa yang akan terjadi.
- Pasaran Terpakai: Banyak syarikat-syarikat “upcycle” di seluruh dunia yang memodenkan cara perniagaan barangan terpakai. Ia semakin berkembang di dalam pasaran pembeli yang lebih sofistikated dan yang lebih arif akan pasaran. Semakin ramai pengguna yang mengambil pilihan barangan terpakai, contohnya berkaitan fesyen, perkakasan, barangan elektronik, barangan rumah dan pelbagai barangan lain – bilangan pengguna sebegini terus meningkat. 60 peratus dari pengguna dewasa di dalam dunia bersetuju dengan kenyataan “Sekarang ini saya lebih terbuka mengenai pembelian barangan terpakai berbanding lima tahun dahulu.”
Untuk kajian penuh 2020 Melihat Ke Hadapan dengan Laporan Kecenderungan Ford, sila layari https://ford.to/38n1fSl.
No Comment