Maserati Mulakan Ujian Tren Kuasa Elektrik
Maserati mengambil langkah seterusnya dalam penerimaan elektrifikasi dengan memulakan ujian tren kuasa elektrik baharunya, yang telah dibangunkan di makmalnya di Modena.
Menurut syarikat itu, tren kuasa tersebut akan diterapkan pada model-model Maserati masa depan, bermula dengan GranTurismo dan GranCabrio yang akan dipasang di kilang pemasangan Maserati di Turin.
Walapun tidak mempunyai enjin pembakaran, model elektrik Maserati akan tampil dengan runut bunyi yang tersendiri bagi menghasilkan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Anda boleh mendengar bunyi tersebut menerusi video klip pendek ini:
No Comment