Mitsubishi Tawar Kadar Faedah 0.88% Sempena Tahun Baru Cina
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan kadar faedah serendah 0.88% untuk varian Triton terpilih dengan pembiayaan daripada Maybank dan Public Bank.
Tawaran eksklusif ini adalah bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina dan sah sehingga 31 Januari 2020.
Menurut syarikat itu, pelanggan yang menempah dan mendaftar Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih untuk menikmati kadar faedah rendah 0.88% atau rebat tunai bernilai sehingga RM9,000.
Sementara itu, mereka yang menempah Triton Knight, Triton VGT AT, Triton VGT MT dan Triton Quest 4X2 akan mendapat rebat tunai bernilai sehingga RM8,000.
Mereka yang memilih Outlander juga akan dapat menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun serta rebat tunai bernilai RM4,000 untuk varian 2.0 dan RM2,000 untuk varian 2.4.
Turut tidak ketinggalan adalah ASX, yang boleh ditawarkan dengan rebat tunai bernilai RM8,000 untuk varian 2WD dan RM12,000 untuk varian 4WD.
No Comment