Nissan 370Z Milik Paul Walker Dilelong
Jika anda masih ingat, filem kelima dalam francais Fast & Furious iaitu Fast Five menampilkan sebuah Nissan 370Z yang dipandu oleh Gal Gadot. Kereta tersebut sebenarnya milik mendiang Paul Walker dan ia merupakan 370Z yang paling mahal pernah dilelong.
Kereta sport dua pintu itu dilelong pada harga USD105,600 (RM429,000) pada acara lelongan Barrett-Jackson Scottsdale yang diadakan baru-baru ini.
Dalam filem tersebut, ia mempunyai penampilan yang sedikit berbeza dengan kit badan yang lain, rim berwarna hitam serta bonet gentian karbon.
Ia juga direka untuk kelihatan seperti ia mempunyai turbo dengan intercooler di sebalik bampar hadapan serta kit NOS di belakang tempat duduk. Hakikatnya, komponen-komponen tersebut tidak berfungsi pun. Biasalah, nama pun prop filem.
Secara mekanikalnya, 370Z ini mengekalkan enjin NA 3.7-liter V6 asal yang menghasilkan 332 hp dengan padanan transmisi manual enam kelajuan. Turut dikekalkan adalah stereng boleh tinggal tetapi tempat duduk pemandu telah digantikan dengan kerusi bucket Recaro.
No Comment