Ott Tanak Terlibat Dalam Kemalangan Dengan WRC Hyundainya Tetapi Beliau Selamat Tanpa Sebarang Kecederaan
Tonto videonya di bawah.
Pemandu pasukan Hyundai WRC Ott Tanak terlibat dalam kemalangan kelajuan tinggi hebat pada pagi Jumaat, Rali Monte Carlo 2020 semasa debut pasukan Hyundai.
Ott Tänak dan Martin Järveoja bernasib baik tidak cedera langsung setelah terlibat dalam kemalangan di Rallye Monte Carlo, membuktikan standard keselamatan yang luar biasa dalam kereta WRC moden. Kemalangan hampir 115bsj Tanak menyebabkan beliau melantun tinggi ke udara, jatuh ke atas pokok dan terhumban ke atas permukaan batu tajam.
Hyundai berkata dalam satu kenyataan bahawa pemandu Estonia, bersama pemandu Martin Jarveoja, dapat keluar dari kereta tanpa bantuan selepas kemalangan di Alps Perancis 9.2km ke dalam laluan peringkat keempat 20.68km.
“Tanak dan Järveoja telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan berjaga-jaga, seperti prosedur piawaian berikutan kemalangan begini,” tambah pasukan itu. Rakaman kamera menunjukkan Hyundai mereka melantun ke dalam pokok.
No Comment