Bisnes

Perodua Bezza 2020 Terima 15,000 Tempahan

Perodua Bezza 2020 yang dilancarkan dua minggu terbukti popular di kalangan rakyat Malaysia dengan lebih 2,000 unit telah pun diserahkan kepada pemilik daripada 15,000 unit tempahan yang diterima.

Daripada jumlah tersebut, 8,000 unit merupakan tempahan untuk model sebelumnya (pra-facelift). Bagaimanapun, kesemua tempahan tersebut telah ditukar kepada model terkini.

“Kami menganggarkan kira-kira 13,000 tempahan dari tahun lepas yang belum dipenuhi. Kepada para pelanggan yang dihargai, kami sedang bertungkus-lumus untuk menyerahkan kenderaan kepada anda secepat mungkin. Kami menghargai kesabaran anda serta memohon maaf atas penungguan anda,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Perodua Bezza

Hadir dengan penampilan dan kelengkapan yang dikemaskini, Bezza 2020 ditawarkan dalam empat varian iaitu 1.0 G manual, 1.0 G auto, 1.3 X auto dan 1.3 AV auto, dengan harga bermula dari RM34,580 hingga RM49,980.

Antara kelengkapan terbaru yang diterapkan pada model sedan kompak tersebut adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 yang direka untuk membantu mengurangkan risiko pelanggaran. Bagaimanapun, hanya varian 1.3 AV auto yang mempunyai ciri ini.

Previous post

Perodua Jual 240,341 Unit Tahun Lalu, Tertinggi Dalam Sejarahnya

Next post

Perodua Sah Akan Guna Platform Daihatsu Untuk SUV Seterusnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *