Bisnes

Volvo Capai Pertumbuhan Sebanyak 36.1% Pada 2019

Volvo Cars Malaysia kini merupakan jenama premium jualan ke-3 terbaik di negara ini.

Volvo Car Malaysia Director of Marketing

Volvo Cars sedang melalui musim jualan yang hebat. Pada tahun 2018, ia telah mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 35% dan kini untuk tahun 2019 ia mencatatkan pertumbuhan 36.1% di Malaysia. Pejabat baru di Petaling Jaya dan pusat latihan serantau meletakkan Volvo Cars di Malaysia dalam kedudukan yang sangat kuat untuk mencabar segmen premium pada tahun 2020.

Volvo Car Malaysia regional training centre

HANYA Volvo Cars dalam segmen jenama kereta premium melihat pertumbuhan pada 2019 dan walaupun jumlah jualannya untuk 2019 adalah sebanyak 1883 unit, semuanya adalah jualan runcit baharu yang datang dari peniaga sedia ada.

Volvo Car Malaysia training centre

Perlu diingatkan bahawa Volvo Cars melancarkan 5 perkongsian baharu yang besar pada tahun 2019 dengan ruang pameran besar 4S dan 3S yang terletak di lokasi terbaik di seluruh negara.

Volvo Car Malaysia training centre in PJ

Keyakinan pasaran yang kukuh ini telah mendorong peniaga jenama premium lain untuk masuki keluarga Volvo Cars di Malaysia. Dengan bilik pameran tambahan ini, tahun 2020 akan menjadi satu lagi tahun hebat untuk Volvo Cars dan dijangka meraih jualan yang lebih tinggi yang akan menjadi jualan penaklukan pesaing terdekatnya.

BHPetrol RON95 Euro 4M

KENYATAAN MEDIA

Volvo Car Malaysia lancar Pusat Latihan Serantau Volvo Car

Petaling Jaya – Volvo Car Malaysia (‘Volvo’), syarikat kereta premium, hari ini melancarkan Pusat Latihan Serantau Volvo Car.

Terletak di Menara Symphony, Seksyen 13, Petaling Jaya, ruang terbaharu ini memainkan peranan penting untuk menjalankan latihan bidang teknikal dan bukan teknikal sebanyak 7,500 jam kerja bagi kakitangan dan pengedar kereta Volvo di seluruh rantau Asia Pasifik.

“Malaysia merupakan hab yang paling sesuai kerana negara ini menawarkan infrastruktur yang baik dan tenaga kerja tempatan yang berkemampuan melaksanakan fungsi-fungsi serantau. Pusat latihan ini dan perkhidmatan perkongsian yang lain seperti Kluster Kewangan, Hab Teknikal, dan Perolehan yang beroperasi di sini dijangka menjana keuntungan perkhidmatan eksport lebih daripada RM100 juta dalam jangka masa 5-7 tahun akan datang,” kata Encik Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Volvo komited terus meningkatkan pengalaman hujung ke hujung bagi setiap pelanggan Volvo. Rangkaian pusat pengedar Volvo di Malaysia kini dilengkapi dengan pasukan selepas jualan (after sales) terlatih. Dalam tahun 2019 juga, 90% daripada pusat pengedar Volvo turut dilengkapi dengan perisian Volvo Personalised Service (VPS). Perubahan ini membolehkan Volvo memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka dan sekaligus meningkatkan lagi prestasi perniagaan.

“Sebagai pembuat kereta, kami bukan sahaja menyampaikan mobiliti kepada pengguna. Kami juga mementingkan pengalaman pelanggan kerana kami memahami bahawa pengalaman yang baik boleh membina kepercayaan terhadap jenama. Sebab itulah kami bertekad menyampaikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang terbaik,” kata Encik Nalin.

2019 merupakan tahun yang cukup mengagumkan bagi Volvo sebagai satu jenama antarabangsa. Buat kali pertama, Volvo berjaya mencapai jualan melebihi 700,000 dengan jumlah sebanyak 705,452 unit. Di peringkat tempatan pula, Volvo Car Malaysia telah mencatatkan rekod jualan tertinggi sebanyak 1,883 unit.

“Walaupun segmen premium di Malaysia mengalami perkembangan yang kurang memberangsangkan, Volvo berjaya mencapai pertumbuhan tahun-ke-tahun tertinggi sebanyak 36.1% bagi tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya. Kami sememangnya berada di trajektori yang tepat dan Volvo amat teruja untuk mendedahkan rancangan kami bagi tahun baru ini,” tambah Encik Nalin.

Antara pencapaian pada tahun 2019 termasuklah:

  • Perkongsian pasaran yang kukuh untuk Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (‘PHEV’)
  • Melancarkan 3 kereta baharu: XC40 T5 CKD, S60 T8, dan XC90 Facelift
  • Melancarkan 5 pusat jualan baharu: Setia Alam (Motion Beyond), Johor Bahru (Pekin Auto), Mutiara Damansara (Ingress Swede Automobile), Ipoh (iRoll Ipoh), dan Ara Damansara (Sime Darby Swedish Auto) 
  • Salah satu daripada dua pasaran di Asia Pasifik yang pertama untuk melancarkan pusat jualan 100% Volvo Retail Experience

Dengan momentum ini, 2020 dijangka menjadi tahun yang cukup bermakna untuk Volvo dengan dua lagi kereta baharu – S60 T8 CKD dan S90 Facelift – dan satu pusat jualan di Kota Kinabalu yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, kenderaan PHEV yang dibeli mulai 1 Januari 2020 akan didatangkan dengan jaminan bateri PHEV selama 8 tahun yang pastinya memberi kelegaan kepada para pembeli kereta.

Volvo sentiasa mencari cara baru bagi mengurangkan kesan alam sekitar dalam setiap aspek perniagaan mereka. Menurut Encik Richard Snijders, Naib Presiden Volvo Car Group, kelestarian kekal sebagai tema utama Volvo pada tahun ini dan juga masa akan datang. Dengan matlamat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40% menjelang 2025 dan menjadi karbon neutral menjelang 2040, Volvo akan mengatasi pengeluaran karbon dalam keseluruhan rangkaian pengeluarannya, bekalan dan melalui pendekatan kitar semula bahan. Komitmen ini juga mendorong cita-cita Volvo supaya sekurang-kurangnya 25% daripada plastik yang digunakan untuk membina kereta-kereta baru menjelang 2025 adalah hasil daripada barangan kitar semula.

“Kami amat menitikberatkan kelestarian di Volvo dan komited terhadap cita-cita iklim yang terbesar dalam industri automotif. Saya bangga kerana budaya mesra alam Volvo turut digalakkan di Malaysia. Contohnya, pusat jualan kami kini menggunakan tanda harga digital atau lebih dikenali sebagai Digital Silent Salesmen. Kami tidak lagi menggunakan brosur yang dicetak dan kini berusaha mengurangkan bahan buangan di dalam dan luar syarikat. Lama kelamaan, saya yakin bahawa Volvo mampu menghentikan kesemua penggunaan produk sekali-guna dan menjadi pemacu untuk kehidupan lestari dalam industri automotif dan lebih lagi,” kata Encik Snijders. Sempena Tahun Baru Cina ini, Volvo menawarkan jualan menarik untuk model-model keretanya yang terpilih. Pembeli baharu Volvo XC40 T5 R-Design akan menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun, atau dikenali juga sebagai VSA 5+. Untuk XC90 T5 Momentum and S90 T5 Momentum pula, pembeli layak mendapat ang pow bernilai RM23,888 bersama pakej VSA 5+. Model-model PHEV terpilih juga didatangkan dengan Pakej ‘Recharge’ bernilai RM10,000 bersama pakej VSA 5+. Tawaran ini sah sehingga 29 Februari 2020, termaktub pada terma dan syarat.

Previous post

Harga Pengecasan IONITY EV Meningkat Sebanyak 500%

Next post

Mercedes-Benz Mengakhiri 2019 Di Tangga Nombor Satu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *