Proton Iriz, Saga dan Persona Terjah Pasaran Brunei
Selepas melancarkan Proton X70 pada Julai tahun lalu, Pad Motors Sdn Bhd kini melancarkan tiga lagi model Proton iaitu Iriz, Saga dan Persona untuk pasaran Brunei.
Berikut prestasi jualan 2019 yang cemerlang, Proton akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi jualannya untuk tahun ini termasuk bagi pasaran eksport.
Pelancaran model-model tersebut di Brunei merupakan satu langkah penting bagi Proton dalam usahanya untuk menjadi jenama nombor tiga paling laris di rantau ASEAN menjelang tahun 2027.
“Pasaran eksport akan memainkan peranan penting dalam kenaikan jualan tahunan Proton. Ketika Syarikat menaik taraf model Iriz, Persona, Exora dan Saga tahun lepas, kami melakukannya dengan turut mengambil kira keperluan pasaran di luar negara selain Malaysia dan hari ini, tiga daripada kereta tersebut berada di pasaran Brunei. Ia adalah permulaan yang baik untuk tahun 2020 tetapi dari semasa ke semasa, kami akan terus mencari peluang untuk mengeksport kereta kami ke lebih banyak negara,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
Selain itu, Proton juga sedang dalam usaha untuk mengembangkan jualan X70 berikutan model tahun 2020 yang telah pun mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu di Tanjung Malim yang dibina dengan kos bernilai RM1.2 juta.
“Dengan memasarkan Proton X70 di pasaran luar adalah penting bagi pertumbuhan jualan Proton pada masa akan datang, terutamanya di negara-negara ASEAN yang berdekatan. Ia akan menerajui pengenalan model Proton generasi akan datang yang kini sedang dibangunkan bersama Geely dan sekaligus akan mendekatkan jenama Syarikat dengan pelanggan di pasaran-pasaran tersebut,” tambah Dr Li Chunrong.
No Comment